01 December 2012

M.L.M (Mangkuk La Mangkuk)



Kira kira sebulan dua yang lepas ,tanpa diduga seorang kawan lama gua sibuk cari gua .Cari tu , bukan cari calang calang cara.

Siap ajak makan , ajak main boling ,nak jumpa dengan orang rumah gua dan pelbagai lagi . Gua pun macam kebiasaan layankan baik dengan tanpa sebarang syak wasangka yang buruk. Pada gua kawan lama nak kembali jalinkan ukhuwah apa salahnya kan .

Kelmarin , kawan gua ini pun sms gua .Katanya ada hal penting .Gua reply SMS tanya hal apa, namun tak berbalas .Dengan sebarang sangkaan baik , gua pun pergi ke tempat yang dijanjikan walaupun terpaksa menempuh jalan berlopak dan kesesakan jalan raya bandar .

Sampai ditempat yang dijanjikan ,gua duduk dan meng-order air limau suam dan gua tanya ada hal apa ?Maka bermulah al-kisahnya yang gua ringkaskan 

MLM tak dapat dipisahkan dengan modal air liur
MLM tak dapat dipisahkan dengan cara seorang "adviser" datang dengan lagak kereta mewah dan sembang kencang pejabat mewah dsb
MLM tak dapat dipisahkan dari "cari kawan yang lama tak contact" 

gua pun mendengar dengan lebih banyak meng-angguk dan diam cuma kadang kadang menyelit kata 

dan sampai akhir , sebelum gua beredar saja gua trick kawan gua yang ajak join MLM ni

"aku teringin nak melabur , tapi tiada modal , apakata aku pinjam keuntungan kau dalam pelaburan ini untuk sebagai aku modal melabur ? Nanti aku dapat untung , kau tolak-lah sampai habis hutang aku (modal) tu "

dan jawapan yang gua terima menunjuk-kan , kawan gua ini jelas cari gua hanya untuk MLM dan tidak pada apa sangkaan baik yang gua rasakan .

Semalam , gua tertinggal telefon bimbit dirumah ketika bekerja . Gua tengok ada lebih 10 Miss Call dan lebih 5 SMS dari member gua , ajak gua jumpa adviser kaya dia .

Hari ini , gua putuskan bahawa kawan macam ini tak boleh nak dibawa kawan sangat . Cukup sekadar berkawan bila jumpa angguk kepala dan senyum .

Itupun kalau hati ni masih tak terasa ditipu dan diperbodohkan !

15 May 2012

Senaman Hari Ini




Gambar cedok dari Malaysiakini.com/bm





Hari ini dalam sejarah aku jumpa “senaman punggung” . Dikatakan senaman ini dicipta oleh sekumpulan mereka yang menggelarkan diri sebagai ahli Persatuan Vateran Tentera Melayu untuk dipersembahkan punggung kepada seorang “musuh” mereka yang konon-nya membawa budaya demonstrasi yang boleh membahayakan pemimpin negara Malaysia masa kini  .

Berikut beberapa menarik tentang ahli yang mula memperkenalkan senaman tak sihat ini ;

1 . Hanya bersandarkan kitab Utusan Melayu , Berita Harian , Kosmo dan Harian Metro semata mata dalam hidup mereka .

2 . TV dirumah mereka tiada butang tukar siaran . Kalau ada pun mungkin butang naik turun suara . Jadi kalau dah terbukak siaran TV1 , sampai tidur balik la TV1 yang dihadapnya .

3 . Jenis “Pandai nak boleh nak ikut , Bodoh tak boleh nak ajar” .

                                                                                **********

Kumpulan macam ini , kalau kita cakap lebih pun tak guna . Nak tegur ? Silap silap boleh dilempang .

Habis nak buat apa ?

Kita kasi doa agar hidayah turun pada mereka dan anggaplah mereka ini manusia yang belum tuhan temukan dengan kebenaran .

Nak anggap “Bangang” dan seangkatan dengan nya ?

Sebenarnya itu lebih baik

-Moga kita yang muda tidak menjadi seperti mereka bila tua kelak -



02 May 2012

Ronaldinho




Sime Darby FC ada Ronaldinho !

Takde aral , 19 Mei aku akan bertafakur di malam final Piala FA .

Kisah lain 

Malam tadi sekitar jam 8.00 malam aku SMS coach aku ni ;

“Good Luck coach untuk game penting malam ini . Semoga Sime Darby dapat mencipta sejarah kelab pertama melangkah ke Final Piala FA !”

Kalau game biasa , 10 minit kemudian dia akan balas “TQ”

Tapi mungkin game besar malam tadi , dan kemudian layak pulak ke perlawanan akhir , mungkin sms aku tu dia terlepas pandang .

Apapun , semoga 19 Mei ini menjadi tarikh keramat untuk team Sime Darby FC meneruskan gelaran “Giant Killer” pabila bertemu Kelantan FA nanti .

Gomo Sime Darby Gomo





Mei dan Jun ; bulan kritikal




Sebulan dua ini , ialah bulan bulan kritikal untuk aku dan juga isteri . Bukan sebab isteri aku mengalami tanda tanda kehamilan , sebaliknya ia berkaitan permohonan perpindahan tempat kerja isteri aku dari Daerah Sabak Bernam ke Daerah Gombak.

Maka macam macam usaha telah aku lakukan agar permohonan isteri aku ini diterima dan paling tidak dipertimbangkan .

Panjat Adun , jumpa pihak tertinggi sekolah harian sehingga datang merayu kepada pegawai yang menguruskan hal perpindahan isteri aku (Bahagian Pendidikan Islam) ; Abdul Najeh Asmuin .

Bab adun , pegawai sekolah harian semua nampak positif . Cuma , si Najeh ni nampak ego dan lagak tak tentu hala pada pemohonan dan rayuan aku kali ini .
Aku harap , aku boleh bersabar sehingga 19 Mei ini , dan dua minggu selepasnya untuk proses rayuan .

Jikalau tak dapat , aku berharap agar dapat menempa sejarah sebagai individu pertama mengambil tindakan prosiding Mahkamah untuk proses pertukaran tempat kerja isteri ini .

Semua bukti tentang penggunaan kronisme urusan perpindahan guru lain , bagaimana kakitangan kerajaan berjawatan DC boleh diberi gaji penuh dalam cuti bersalin sehinggalah kenyataan seorang guru yang mengatakan dia mudah bertukar sekolah kerana ayah dia berkawan baik dengan Najeh semua aku dah siapkan secara bertulis .

Doakan aku berjaya


12 January 2012





Gua harap , usia 25 ini menjadi antara usia terbaik dalam hidup gua .