01 September 2009

Bila takde duit baru tahu berjimat

Kisah menarik hari ini :

Minyak naik bermula jam 12 malam tadi

Seronok tak terkata . Serius . Bagai mahu terkencing - kencing bilamana kerajaan menggumumkan kenaikan harga bahan api ini . Sebagai rakyat Malaysia juga Mongolia , aku berbangga dengan kepimpinan Dato' Seri Najib Rosmah Mansor yang mempunyai sifat sangat perihatin kepada rakyat dan akal yang tak kurang sama dengan otak udang . Malah mungkin lebih hebat sedikit dari Keldai . Seiring dengan cogankata beliau , "rakyat diutamakan , pencapaian didahulukan" maka inilah hadiah terbaik dari kerajaan untuk rakyatnya. Kepada yang runsing , jangan risau ; Minyak Malaysia antara TERmurah dan TERbaik didunia . Tak percaya ? boleh tanya bapak dafi bapok yang merangkap menteri hal ehwal peniaga , tak pun boleh tanya pada ketua pemuda UMNO cawangan Selayang yang mengarak kepala lembu di SUK Selangor tempoh hari . Taktau macam mana mahu tanya ? boleh hubungi aku .

Maka , selepas ini , gerenti tanpa gerento , maka harga barang akan turun serta merta . Duit PTPTN yang dahulu dapat RM1500 , boleh bertahan selama satu sem , mungkin boleh tahan menjangkau sepanjang pengajian . Kisah dulu .

Aku percaya , hanya penyokong PPSMI dan penyokong ISA yang akan buat demonstari mengutuk kerajaan menaikkan harga minyak selepas ini . Tak begitu pendukung PPSMI dan ISA?


Dapat email

Sistem TM , semua kerja dan urusan menggunakan email . Apply cuti guna email , apply OT guna email hatta nak tanya pass kad pun guna email .Mudah tapi leceh , leceh tapi mudah .

Setelah hampir 3 bulan bekerja dan 2 bulan permohonan menggunakan email dihantar , baru permohonan email ini diluluskan . Tengok , nak apply email pun guna email jugak .

Menarik kan ?

Beli kuali

Maka selepas ini , profesion aku bertambah lagi . Kini gilaran chef , selepas jadi kerani .

Ketika belajar , mewah , dah pegang duit sendiri dan hidup sendiri , baru tahu apa itu erti langit .

Jadi selepas ini , stok ajinamoto perlu ditambah selepas perencah - perencah .

Budak baru belajarla katakan . . .


* * *

Jadi itu sahaja buat hari ini . Akhir sekali , majulah sukan untuk negara .

~ cau ~

2 comments:

anuaryangbaikhati said...

salam,

fuyoo, dah dapat pc sendiri ker, kencang jer tulis blog sejak 2 menjak nih...so gaji ko ada lagi tak ker dah abis...akunyer dah slamat. tinggal 150 hinggit jer...muahaha. tapi jangan risau minggu depan dapat duit raya...pas2 haruuuu

Anonymous said...

aduisssshhhhh susah gak aku nak memanhami ideologi ko ni abu