27 April 2010

Pregtisme


Sabtu lepas – Johor Baharu

Setiap manusia dilahirkan diatas muka bumi ini dibebani dengan tanggungjawab yang beralas .

Macam contoh ,

Menjadi tanggung jawab sosial untuk orang yang sudah bertunang pergi menjenguk/melawat tunangnya yang duduk jauh di perantauan . Maka ,Sabtu lepas aku ke Johor atas tujuan tanggung jawab sosial tersebut .

Dengan jarak lingkungan 432Km dan mengambil masa empat jam setengah, aku memilih untuk menaiki bas dari memandu kereta . Bukan tak mampu untuk tol dan minyak , tetapi memilih untuk merehatkan badan , walaupun hakikatnya pemandu bas yang memandu macam siput , amatlah membosankan .

Tapi menariknya , aku dipayungi oleh syarikat yang cukup bertanggung jawab , sebabnya dalam bas sebesar bilik aku , sepanjang trelar dan seberat lebih 1 Tan , hanya membawa dua penumpang yang rata rata mempunyai berat purata 75kilogram seorang !!.

Betul betul buat syarikat bas tak untung!

~ cau ~


No comments: