09 June 2010

Bukan Selatan Tapi Utara . Baru true !




Untuk Piala Dunia Edisi Afrika Selatan kali ini , dengan rasmi gua memilih dua pasukan pilihan yang pada tilikan boleh menjulang Piala Dunia dengan bergaya .

Pasukan Satu

"England ada Rooney , Kami ada Jong Tae-Se !!" .

Korea Utara atau dalam bahasa sukan-nya Korea DPR (Korea Democratic People Republic) adalah pasukan yang berkedudukan ke-105 dalam senarai ranking FIFA . Lebih hebat dari Malaysia yang berkedudukan ke-156 walaupun , kemudahan sukan mereka ketinggalan 30 tahun dari kemudahan Malaysia .

Itu belum lagi jersey pasukan , dimana ketika perlawanan pemanas badan bertemu Paraguay , mereka terpaksa meminjam jersey kedua pasukan tersebut (Paraguay) disebabkan pembekal jersey rasmi mereka Legea , masih dalam perjalanan dari Itali ke Afrika Selatan selepas 24jam dicetak .

Berbanding Malaysia yang gah dengan Nike , dan tak lupa gambar Zaquan Adha yang konon mengaum macam babs , hakikatnya di Korea Utara langsung tiada siaran langsung yang akan dipertontonkan pada rakyat atau peminatnya nanti . Yang ada hanya siaran tertunda selepas 24 jam berlangsung .

Lagi haru .

Pasukan yang digelar pasukan misteri ini juga sudahpun menyenaraikan 23 pemain yang akan bermain di Afrika Selatan nanti dan uniknya , Kim –Myong Won iaitu salah seorang pemain skuad ini akan menggalas dua tugas posisi iaitu penjaga gol dan penyerang walaupun akhirnya FIFA hanya membenarkan dia menjadi penjaga gol atas pandangan jurulatih pasukan-nya .

Salah satu kunci sebab apa Korea Utara boleh menang Piala Dunia dimana pasukan seGah Brazil pun takde kunci ini .

Pasukan Dua

Argentina .

Tak payah tilik banyak , cakap banyak , semua orang tahu sebab apa .

-cAu-

No comments: