28 August 2010

Sampaikan derma je , bukan kencing pun !



Dulu masa aku kecik kecik dulu , tak silap darjah empat macam itu , ustazah aku di sekolah agama ada cerita kat budak kelas tentang akhlak nabi kita terhadap seorang yahudi yang masuk masjid , ceca ceca merba orang islam , dan untuk memuaskan nafsu benci pada nabi , dia terus kencing dalam masjid tersebut .

Sambung cerita ustazah aku lagi , waktu tu saidina Umar yang ternampak kejadian tersebut , terus memarahi yahudi tersebut , lantas hampir memukul sang yahudi tersebut yang tak tahu nak lari selepas buat salah .

“Siapa tahu yahudi itu kena pukul ke tak oleh saidina Umar ??” , tanya ustazah aku tetiba .

Spontan ramai jawab “Tak tahu ustazah ” , dengan irama . Terus ustazah aku sambung , Nabi yang nampak umar membalas makian dan hampir nak memukul sang yahudi tersebut terus nabi tahan dari umar melaksanakan niat dia .

Sabda nabi , “biarkan dia melepaskan hajat dia , dan mari sesama kita berdoa agar dia dilimpahi hidayah agar terbuka menerima Islam!!” (Tiada perawi , maknanya hadis doif)

Selepas nabi , berkata demikian , terus nabi SAW mengambil air dan peralatan , lantas membersihkan tempat kencing yahudi tersebut .

Tidak lama selepas kejadian , dikhabarkan yahudi tersebut terus menukar-kan agama dia ke Islam . Kata ustazah aku mengakhiri cerita

* * *

Terus aku bandingkan dengan cerita seorang MP Selangor beragama budhha/kristian masuk masjid dengan adab sopan dan pakaian yang baik bukan seksi macam artis melayu, hendak menyampaikan derma dan bukan kencing , terus terus ulama’ Jamil Khir kata HARAM , serta boleh menggugat kestabilan/keharmonian negara dan tak terkecuali , ketua agama islam tiada fungsi naik “marah” tak tentu hala .

Hebat ulama’ Malaysia , hebat ketua agama islam tiada fungsi boleh malah Lebih hebat dari Nabi dalam bagi hukum yang kalau nabi nak bagi hukum bersandarkan al;-quran .
Buat terbantut orang bukan islam nak terima islam je.

“Hanya ada di Malaysia ISLAM ini !!” , getik hati aku sambil tersenyum kambing sambil bersiap nak balik .

-cAu-

No comments: