18 September 2010

Sempena Hari Malaysia Tahun Lepas



Kesinambungannya , sejak semakin hari menghampiri gerbang perkahwinan , aku lebih terbuka dalam membicarakan soal kahwin . Tak kira , dari cerita mula bercinta , kenal , berapa kali putus cinta , ada tak gaduh gaduh masa bercinta sehinggalah persoalan “best” tak bertunang .

Semua aku layan dengan baik dan termampu .

Tapi ada satu part soalan , yang bila ditanya secara keras/serius/sindir , aku akan jawab dengan putaran ayat susunan baik .

Belum bertaraf makcik/pakcik akan tanya “kau kahwin umur berapa ? 23 ? Awalnya !! . Tak puas enjoy , dah nak kena jaga anak bini …… “

Kalau taraf makcik pakcik pula biasa akan tebak soalan “Umur 23 tahun dah nak kahwin ? Gatalnya kau ni . . Makcik , anak tak kasi kahwin awal , umur 28 dah ada kereta rumah bla …. bla… bla…..”

Jawapan aku mudah “Zaman Milenium ni , kahwin awal/muda mencepatkan kita 10 tahun masuk shurga tau dari orang kahwin lewat tanpa sebab tau !!”

Mana yang faham , akan tersenyum mungkin tanda faham , pada yang tak faham buat buat muka tak puas hati .

Kebanyakan yang tak faham tu taraf makcik pakcik , sebab dorang ingat anak mereka bercinta macam ketika zaman mereka dahulu .

Aku dah pun selamat !

-cAu-



2 comments:

wan-niza said...

jawapan yang saaaaaaangat baik!

dah ada tarikh ke zar?

Lim Eng Leong said...

hahaha ..... sudah selamat cik neeza .... :) . Hari satu Malaysia .