25 October 2010

Tebaran ujian minggu lepas


Tebaran “ujian” hujung minggu


Satu :

Pembelian melalui aplikasi atas talian . Ikut jajaran kebiasaan , slip perjalanan (itinerary) boleh dijadikan sebagai bukti transaksi berjaya seterusnya dijadikan resit rasmi pembelian .

Tetapi sebaliknya itu tidak berlaku pada web ticket4u.com , agen rasmi syarikat bas KTB .

Perjalanan yang sepatutnya mudah menjadi susah , akibat system yang tak bersistematik .

Sudahlah dimaklumkan lewat bahawa segala dokumen dan itinerary yang di-emailkan BUKAN bukti pembelian tiket sebaliknya perlu ditukar dimana mana cawangan KTB sejam sebelum bas berlepas , ditambah lagi stesen penukaran tiket di Kepong laluan aku balik ke Rawang pula mengalami masalah “Pekerja tak tahu cara hendak tukar tiket” ; satu hal yang terpaksa aku menapak awal di Bukit Jalil .

Kemudian diberitahu bahwa booth tiket di Bukit Jalil ditutup akhir pukul 11.30malam sedangkan bas aku bertolak ke Johor Baharu selewat 1.00 pagi !

Akibatnya terpaksa aku menapak hampir satu jam setengah di stesen sambil menunggang motorsikal dengan cara gila dari Rawang ke Bukit Jalil yang hanya mengambil masa 30 minit sebabnya aku baru tahu booth tutup pukul 11.30 pada pukul 11.00 malam !!

Cilakak !



Dua :

Kalau memandu kereta diwaktu siang , tangan jangan menggatal main suis lampu . Sebab kalau lupa padam suis lampu , bateri kereta akan “kong” , kalau kong ada "1" tahan lagi tapi kalau kong jadi "kosong" itu payah . Bila menjadi kosong , kalau sel kering langsung tak boleh cas dan perlu tukar baru , dan kalau tukar baru bermakna duit kena keluar beli baru !!!

Ujian ini dinamakan “Ujian orang baru gaji !”

Cilakak !

-cAu-

2 comments:

snaz said...

memang ujaan + cobaan wat ko.
kesian..x psl2 je.msti ko rs nk bom je booth tkr tiket tukan.hi3
asal?tgn ko gatal main suis lampu ke?

Lim Eng Leong said...

hahahaha ...... Kronologi kejadian yang betul betul membuat aku tertekan ....
Sampai sekarang , tobat la hom nak guna kredit untuk tiket ...:)