29 October 2010

Terima Kasih Abah !


Hari ini hari sejuk , errr maksud aku sejuk sebab cuaca mendung dan hujan rintik sebahagian hari . Tak terkecuali , di Kelana Jaya.

Tadi , selepas sembahyang Jumaat berdekatan dengan tempat kerja aku , habis aje imam menghabiskan doa , cepat cepat aku beredar , konon nak menyahut seruan “Bertabarlah kamu selepas Jumaat untuk rezeki” , tetapi langkah aku terhenti seketika .

Hujan masih renyai lebat .

Dalam masa menunggu hujan sedikit reda , seperti kebiasaan hujan aku akan cari tempat sesuai untuk meluruskan kaki dengan harapan dapat menghilangkan bias bias akibat menyepak bola tidak pada cara betul .

Sambil mengurut ngurut kaki sempat aku men “ngopeng” perbualan seorang abah dengan anaknya

“Kamu masuk masjid tadi lewat , waktu khatib dah dalam pertengahan khutbah , selepas tu abah tengok kamu buat solat sunat , kamu solat sunat apa ?”

“ Tahhayatul masjid bah !” , jawab si anak dengan nada macam macam takut , tapi masih mampu tersenyum

“Patut , kamu masuk lewat tak payah sembahyang sunat dahhhh , kamu tahu kenapa sembahyang jumaat hanya 2 rakaat ? ….” , kata abah lagi

Si anak geleng geleng kepala mungkin tanda tak tahu

“Sembahyang jumaat hanya dua rakaat , sebab dua rakaat lagi digantikan dengan dua lagi khutbah . Kalau kamu tertinggal mendengar khutbah , ibarat kamu tertinggal rakaat , maka kurang pahala jumaat kamu , cuma takla sampai membatalkanlah sembahnyang kamu …..” , jawab abah panjang lebar .

Dua puluh tiga tahun hidup , dan sudah berumah tangga , baru aku tahu sebab apa sembahyang Jumaat dua rakaat !!

Terima kasih ABah !!

Tengok luar , hujan semakin reda cepat cepat aku redah balik pejabat .

-cAu-

2 comments:

Anonymous said...

buzar2!
aku tau nape solat jumaat 2 rakaat
cuma aku xtau mcm mana nak solat jumaat
~peace~

Lim Eng Leong said...

hahahahaha ~
Aku selepas 23 tahun baru tahu , kau perempuan sudah tau ? aiyoooo... :)..

Solat jumaat ?
2 rakaat , 1 salam . Dahulu dengan khutbah , diakhiri dengan tido .... owhhh , bukan salam ....