10 November 2010

Kalau Tiada Aral



Esok kalau tiada aral mendatang , aku akan ke Tanjung Puteri untuk kunjungan terakhir. Cerita lain , dulu , setiap kali aku post status di FB “ Off to Tanjung Puteri” , ada seorang kawan aku komen , “Tanjung Puteri tu kat Melaka ke bu ?”

Tanjung Puteri sebenarnya , bukan lah terletak di Melaka seperti yang kebanyakan orang sangka-kan walaupun kebanyakan orang merasakan ianya terletak bersebelahan Tanjung Bidara .

Sebaliknya , ia hanyalah nama pekan lama yang kemudian ditukarkan ke nama Johor Baharu pada 1866 atas arahan pemerintah Johor ketika itu iaitu Temenggong Abu Bakar atas dasar memberi saingan kepada Temasik yang begitu pesat membangun dibawah jajahan British .

Sebab apa aku kata kunjungan terakhir ?

Isteri aku , sudahpun menamatkan pengajian pendidikan-nya di Maktab Temenggung Ibrahim Johor Baharu . Sebelas bulan yang penuh mencabar bagi diri aku dan juga diri dia . Mencabar bagi dia , kerana dia adalah anak manja dikalangan adik beradik yang tak boleh merenggang dan juga adik beradik ipar , sementelah mencabar bagi aku adalah aku memang tak boleh renggang dari dia . Renggang dari dia , bermakna kelam la hidup aku cewahhhh.

Adat orang bertunang dan baru nikah orang kata .

Cuma sekarang masalah yang tinggal hanyalah menunggu surat penempatan mengajar (Posting) yang akan hanya dikeluarkan awal tahun hadapan .

Aku harap harap sangat tidak ditempatkan di Johor Baharu atau khusus lagi Johor sebagai destinasi penempatan mengajarnya kelak . Sebabnya ?

Macam aku cakap tadi , “Renggang dari dia , bermakna kelamla hidup aku”.

Cewaahhhh. –cAu-

2 comments:

nEd~Ya said...

doa2 syg posting dekat dgn abg eyh..=) luv u..(",)

Lim Eng Leong said...

:) .. Love u too syg ~