30 December 2010

2010 Tahun Gembira



Bukan Fisheye








Esok hari terakhir untuk tahun 2010 . Macam biasa , perasaan tak perasan selalu menjengah perasaan kita bila ianya hampir sampai ke penghujung. “Eh , cepatnya masa berlalu!” mungkinlah ungkapan yang biasa kita dengar dan kerap kita ucap .

Pada aku , 2010 adalah tahun gembira dalam hidup aku . Bermula dengan penaikan taraf kerja dari “kontrak” ke “Tetap” , majlis akad nikah hinggalah ke puncak majlis resepsi beberapa minggu lepas semuanya memberi nafas gembira pada aku .

1. Ada pekerja TM bekerja hampir 3 tahun dibawah naungan taraf “kontrak” , tetapi aku Alhamdulillah setahun bekerja terus diserap ke jawatan “tetap” . Lagi Alhamdulillah , keseluruhan tahunan pekerja yang diserap ke jawatan tetap , majikan aku hanya memberi 15.6% kepada pangkat “Tetap tanpa pemerhatian” dan salah seorangnya adalah aku ! .

2. Bercinta hampir 5 tahun ke 6 tahun , dan akhirnya dimetrai pada majlis akad nikah . Ada orang tanya aku apa rahsia dapat kekal lama bercinta hingga akhir berkahwin , aku jawab “Selalulah makan hati , dan sesekali kasi orang makan hati pulak !” . Hahahaha .

3. Majlis kenduri kahwin yang buat aku tidur tak lena , makan tak kenyang tapi berat makin naik . Terjadi sebab aku terlalu memikir yang terbaik . Tapi akhirnya , perkara yang aku paling risaukan akhirnya terjadi jugak . Macam biasa , perkataan “Hikmah” menjadi penyejuk jiwa dan perasaan .

Ini sebahagian perkara gembira dalam hidup aku yang aku ingat . Sebenarnya banyak lagi , cumanya yang lain lain itu mungkin sampingan tidak memberi kesan besar dalam hidup aku .

Terbaru , aku dapat beli sebiji rumah sederhana untuk menampung kehidupan awal berumah tangga . Itupun urusan belum selesai . Kalau petang ini dapat selesai , maka bolehla aku cakap tahun ini tahun gembira dan gemilang aku .

Tak lupa , adik aku pergi belajar jauh juga memberi kesan dalam hidup aku tahun ini , tetapi bukan gembira sebaliknya sedikit sedih .

-cAu-



1 comment:

dihaDiha said...

2010 tahun mcm2 ada bg ko buzar! :)
ye..semuanya berhikmah. cuma cara kita mahu menerima sesuatu itu perlukan berhemah.

ko faham x buzar? haha