10 January 2011

Ana Raffali



Adik Jannah Raffali

Ramai kata Faizal Tahir boleh jadi juara AJL malam tadi , Yuna boleh menang jugak , Ana Raffali tak boleh menang . Tapi dari sebelum AJL aku konsisten kata Ana Raffali boleh menang , Yuna boleh menang , Faizal Tahir tak boleh menang .

Alasan pertama aku cakap macam tu , atas kapasiti luaran dan suara . Ana Raffali kemas berbaju kurung dan mempunyai suara lunak , Yuna pulak walau tak berbaju kurung tapi kemas bertudung . Suara pun boleh tahan . Faizal Tahir ? Korang boleh tengok sendiri pakaian dia camne , tetapi bab suara mungkin dia sedikit terkehadapan . Energatik walaupun sengau kadang kadang .

Itu masa belum berlangsung ,

Sedang berlangsung , bila diumumkan senarai barisan barisan juri , tertera nama M.Nasir jadi ketua juri , lagi makin kuat tekaan aku Ana Raffali boleh menang , Yuna boleh menang , Faizal Tahir jangan harap boleh menang .

Sebabnya , M.Nasir bukanlah seorang ahli muzik yang melihat pada energatik dan penampilan sematamata untuk menjadi juara , tetapi lebih kepada “Khayalan” yang mampu dicipta oleh seseorang komposer dan penyanyi itu .

Lihat sahaja corak yang dia bawa pada Mawi untuk menjadi juara AF dahulu . Rupa tiada , suara berterabur , tetapi dengan modal lagu dan lirik baik yang dibawa sudah cukup untuk kita menggeleng gelengkan kepala tanda ber”khayal” terutama untuk single Aduhai Saleha .

Bab Mawi sekarang dah beterabur dengan pilih Ekin berbanding Ina sekarang , bukan salah M.Nasir .

Jadi kalau Ana Raffali menang , kita boleh ber’khayal’ dengan bait lirik “Tolong ingatkan aku …..” , fikirkan kalau Faizal Tahir yang menang ?

Bukankah maksud muzik itu sendiri sudah memberi makna "berkhayal" !!