01 October 2011

.


Kisah Satu

Sedang dalam menunggu modal untuk memulakan satu perniagaan makanan kecil kecilan di satu tapak berniaga yang aku rasakan sangat strategik untuk menjana keuntungan , namun malam tadi segalanya musnah.

Tempat yang selama ini aku ‘pandang-pandang’ siang malam akhirnya disambar orang lain , dan lebih teruk lagi orang lain itu berniaga benda yang sama apa yang aku rancangkan .

Apa boleh buat? Kita merancang , tuhan(Allah) pun merancang dan tentu tentu sebaik perancangan adalah perancangan-NYA.

Ayat penyedap macam biasa.


Kisah Dua

Menjangkau usia ke-25 , tetapi masih samar tentang masa hadapan membuat aku tak berapa tidur malam.

Tak-kan selamanya hendak menambah harta dengan hanya makan gaji ? Rumah idaman , cukupkah depositnya ? Hanya berkereta kancil dengan undangan perkahwinan dijangka diterima dari seluruh Malaysia akan datang ? dan paling haru biru , tak kan pagi petang keja dan malam HANYA tidur itu yang selalu berputar didalam pemikiran.

Akibat tak dapat tahan mengantuk , jadi kini aku rasmi dalam proses akhir dalam memulakan perniagaan.

Jadi dengan sedikit kepakaran/pengalaman dan minat yang sederhana mendalam pada bidang telekomunikasi (Selain politik), inshallah dalam dua tiga minggu lagi aku akan memulakan perniagaan perkhidmatan pemasangan telekomunikasi.

Unifi ? Streamyx ? Broadband ? hatta pendawaian telefon ?

Semua boleh .

p/s: Nak tanya pasal produk telekomunikasi (Streamyx/Unifi/Broadband) atau apa sahaja berkaitan komunikasi dan telekomunikasi , jangan segan silu email ke rhedosia@gmail.com . Segalanya percuma !


Kisah Tiga

Permohonan aku untuk turut serta dalam Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Awalan anjuran FASelangor dan kerjasama FAM November ini diterima .

Maybe i’m Jose Mourinho Malaysia ?

Angan angan mat jenin aku sejak dibangku sekolah lagi ! :)