02 May 2012

Mei dan Jun ; bulan kritikal




Sebulan dua ini , ialah bulan bulan kritikal untuk aku dan juga isteri . Bukan sebab isteri aku mengalami tanda tanda kehamilan , sebaliknya ia berkaitan permohonan perpindahan tempat kerja isteri aku dari Daerah Sabak Bernam ke Daerah Gombak.

Maka macam macam usaha telah aku lakukan agar permohonan isteri aku ini diterima dan paling tidak dipertimbangkan .

Panjat Adun , jumpa pihak tertinggi sekolah harian sehingga datang merayu kepada pegawai yang menguruskan hal perpindahan isteri aku (Bahagian Pendidikan Islam) ; Abdul Najeh Asmuin .

Bab adun , pegawai sekolah harian semua nampak positif . Cuma , si Najeh ni nampak ego dan lagak tak tentu hala pada pemohonan dan rayuan aku kali ini .
Aku harap , aku boleh bersabar sehingga 19 Mei ini , dan dua minggu selepasnya untuk proses rayuan .

Jikalau tak dapat , aku berharap agar dapat menempa sejarah sebagai individu pertama mengambil tindakan prosiding Mahkamah untuk proses pertukaran tempat kerja isteri ini .

Semua bukti tentang penggunaan kronisme urusan perpindahan guru lain , bagaimana kakitangan kerajaan berjawatan DC boleh diberi gaji penuh dalam cuti bersalin sehinggalah kenyataan seorang guru yang mengatakan dia mudah bertukar sekolah kerana ayah dia berkawan baik dengan Najeh semua aku dah siapkan secara bertulis .

Doakan aku berjaya