29 December 2011



10 degree . Dengan BLE . Cakap keluar asap . Azab sejuk sangat .

Selepas hampir seminggu aku berperang emosi sebab takut tak sempat , akhirnya tadi petang selesai semuanya . Itu pun selepas usaha aku mencapai kemuncak dengan pergi menyerang sana sini dan membiaskan emosi aku di FB .

Kalau dari awalnya aku hanya mengharapkan agen yang mungkin terlalu sibuk dengan proses kerja hujung tahun (beberapa hari menunggu) , dengan sedikit kudrat malas nak berpanjangan , aku terus ke head quarter untuk menyelesaikan masalah ini . Al-hasilnya , tak sampai 20 minit siap walaupun hanya dapat salinan yang kedua !

Kesimpulan-nya , dah terkena sekali tak kan nak kena dua kali dok ? Itu bodoh namanya .



03 December 2011

Langkawi





Sempena ulang tahun perkahwinan pertama .
Selapas setahun berhempas pulas menyesuaikan diri dalam alam perkahwinan.
Selepas setahun berhempas pulas bekerja.
Selepas setahun berhempas pulas menentang perasaan.

Hidup tanpa hutang indah sebenarnya .




16 November 2011






"Terima kasih coach sebab menjadi perintis kepada saya untuk kenal apa itu sukan BOLA SEPAK !"

Kata gua pada Coach Ismail Zakaria dengan sedikit senyuman .

Jadi sekarang dengan buat muka tak malu , gua offer pada sesiapa yang ada pasukan bola sepak tapi takde jurulatihnya boleh contact gua , gua sudi mencurah bakti dan semangat . Kawtim beli bola , kita selesai belakang tiang gol . Tapi terhad untuk pasukan bawah 16 tahun jela !




05 October 2011

K.B (Kawan Baik Bukan Kota Bharu)




Budak gemuk sebelah aku tu , kawan baik aku sejak tabika lagi . (Walaupun mungkin dia tidak beranggapan aku kawan baik dia)

Tapi apa ada hal . Kalau dah kasi peluk erat dan masih boleh tersenyum lebor tu kiranya dia anggap aku kawan baik dia la dok .


01 October 2011

.


Kisah Satu

Sedang dalam menunggu modal untuk memulakan satu perniagaan makanan kecil kecilan di satu tapak berniaga yang aku rasakan sangat strategik untuk menjana keuntungan , namun malam tadi segalanya musnah.

Tempat yang selama ini aku ‘pandang-pandang’ siang malam akhirnya disambar orang lain , dan lebih teruk lagi orang lain itu berniaga benda yang sama apa yang aku rancangkan .

Apa boleh buat? Kita merancang , tuhan(Allah) pun merancang dan tentu tentu sebaik perancangan adalah perancangan-NYA.

Ayat penyedap macam biasa.


Kisah Dua

Menjangkau usia ke-25 , tetapi masih samar tentang masa hadapan membuat aku tak berapa tidur malam.

Tak-kan selamanya hendak menambah harta dengan hanya makan gaji ? Rumah idaman , cukupkah depositnya ? Hanya berkereta kancil dengan undangan perkahwinan dijangka diterima dari seluruh Malaysia akan datang ? dan paling haru biru , tak kan pagi petang keja dan malam HANYA tidur itu yang selalu berputar didalam pemikiran.

Akibat tak dapat tahan mengantuk , jadi kini aku rasmi dalam proses akhir dalam memulakan perniagaan.

Jadi dengan sedikit kepakaran/pengalaman dan minat yang sederhana mendalam pada bidang telekomunikasi (Selain politik), inshallah dalam dua tiga minggu lagi aku akan memulakan perniagaan perkhidmatan pemasangan telekomunikasi.

Unifi ? Streamyx ? Broadband ? hatta pendawaian telefon ?

Semua boleh .

p/s: Nak tanya pasal produk telekomunikasi (Streamyx/Unifi/Broadband) atau apa sahaja berkaitan komunikasi dan telekomunikasi , jangan segan silu email ke rhedosia@gmail.com . Segalanya percuma !


Kisah Tiga

Permohonan aku untuk turut serta dalam Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Awalan anjuran FASelangor dan kerjasama FAM November ini diterima .

Maybe i’m Jose Mourinho Malaysia ?

Angan angan mat jenin aku sejak dibangku sekolah lagi ! :)