24 August 2009

Cerita cinta

Aku berjaya . Sekali lagi , berjaya . Berjaya melaksanakan perbuatan bersahur dalam bulan Ramadhan ini untuk dua hari berturut - turut dalam masa 4 tahun . Unik kan ?

Tahniah pada diri sendiri . Pada yang nak tepuk tangan , silakan . Tapi kalau tak nak tepuk pun tak mengapa . Tapi anda perlu kisah , bahawa besok semua warga TM akan berpusu-pusu menjengah bank . Nak tahu mengapa ? Sila lawat bank berhampiran anda besok .

Bagi aku kejayaan aku bersahur untuk dua hari berturut - turut bukan boleh dicapai dengan mudah . Tak semudah aku mengarah - arahkan adik lelaki aku untuk membuat air milo sejuk untuk berbuka . Tetapi tidak lah pula sesukar atau sesusah menyuruh adik perempuan aku membuat air milo sejuk kegemaran aku untuk berbuka . Itu tahap kiamat susah .

Mak ayah aku sering bertanya "apa payah bebenor kau nak bangun sahur zar oii !! " (perhatian: mak ayah aku bukan orang perak jauh sekali kuala kangsar , tapi mungkin berjiran dengan orang sedemikan membuat mak ayah aku terkeliru dengan jati diri bahasa mereka . Almaklumlah orang Selangor ! )

Kembali kepada cerita sahur aku . Hari pertama ; tepat 3.30 pagi (aku jangka) , tiba - tiba aku merasakan suasana keheningan malam seperti diragut . Diragut bak si peragut meragut beg tangan pondan , diragut bak perogol meragut da** wanita juga seperti kambing meragut rumput di sebelah rumah rahim cik minah [jangan tiru aksi memberhaya ini ] . Sepantas aku terjaga . Aku melihat dalam mamai - mamai , lampu sudah terbuka kipas sudah tertutup dalam bilik aku . Lantas aku menggosok-gosok kan mata tanda aku sudah terjaga . Aku melihat sekeliling bilik aku , takut - takut kalau ada si perompak yang sengaja mahu mengejutkan aku mahu beradu teak-wando . Aku melihat kekiri kanan , tiada apa . Pintu bilik pun masih tertutup kemas .

Untuk perhatian sidang pembaca , aku mempunyai pantang yang aku tak pasti turun dari siapa . Tidur tak boleh tak panas , mesti sejuk .Mungkin aku menurun dari moyang belah atuk aku belah bapa punya sepupu . Tapi , ikut fakta meteora , atuk aku hanyalah seorang yang berbangsa cina yang memang takut yang tak sangat pada air dan kesejukan . Itu mungkin fakta meteora ajela . Fakta sebenar yang mungkin benar , oyang aku berkahwin dengan orang UK (baca: United Kingdom ) siapa yang tahu ? . Kelasi la katakan .

Jadi , selepas puas melihat sekeliling bilik yang terang benderang itu , dan menggulung - gulung kain pelekat pusaka aku , dengan langkah penuh berhati - hati , aku membuka pintu bilik dengan harapan agar adik aku yang sedang tidur dihadapan kaca tv rumah tidak terjaga . (Biasalah abang mithali ) .

Buka - buka je pintu , tiba - tiba aku terdengar suara

" akhirnya bangun juga kau bersahur ye . . . . . . . .ni ada nasik ayam untuk kau sahur ! "

gersik satu suara . Aku cam dan aku tahu itu suara mak aku .

Aku terkejut , aku tergamam cuma tidak sampai terkemam .

Akhirnya aku berjaya !!!! . Cetus hati aku .

Jadilah , hari ini dalam sejarah .

notabukanbulukaki : untuk pengetahuan semua , hanya mazhab syafie dari sunni sahaja yang menganjurkan sahur sehingga waktu azan subuh . Mazhab lain cukup sampai imsak . Jadi yang konon nak bepuasa di mekah , sila ambil perhatian .

~ cau ~

No comments: