30 August 2009

Kenapa merdeka esok dan bukan lusa ye?

Cerita perihal hari kemerdekaan Somalia .

Seumur hidup aku , hanya sekali aku melibatkan diri dalam upacara menunggu detik jam 12 tengah malam hari kemerdekaan . Itu pun atas ajakan bukan ayam - ayam dari budak - budak sekelas aku masa di Universiti dahulu kala . Kalau tak dek diajak secara bukan ayam - ayam , amat mustahil untuk aku terjebak dengan uapacara ini .

Apa gila nak pergi tempat yang penuh dengan warga indonesia , Bangladesh , Nepal , Myanmar hatta Laos tak terkecuali semata mata nak tengok bunga api percik percik tu ? Bagus aku tengok dari jendela tingkat 7 bilik aku kat Kolej Kediaman Setapak . Tentu - tentu bunga api dari KLCC dapat tengok , Dataran Merdeka dapat tengok tak terkecuali dari Lim Kok Wing .

Tapi dek alasan kawan kawan aku yang mengajak "Bu , kite dah nak grad tahun depan , ntah bila kita dapat sambut bersama lagi " membuat aku mengalah buat kesekelian kalinya . Fikir fikir , ada juga kebenaran betul juga .

Dengan jiwa terancang , aku mandi dan bersiap siap dan meluncur ke perkarangan KLCC . Maka malam itu sempatla aku menonton perlawanan tarik belantan antara FRU dan mamat Indonesia yang akhirnya dimenangi oleh FRU dengan bantuan PoLis dengan keputusan 1-0 . Nyaris jadi kedudukan seri , dek lambatnya kedatangan pihak berkuasa Myanmar dan Bangladesh untuk datang membantu pihak satu lagi . Selain skodeng JAKIM buat rush kat taman Tasik Titiwangsa .

Celaka kan ?

Itu kisah dua tahun lepas , dan apakah peristiwa itu akan berlaku lagi pada diri aku malam ini ?

* * * * * * * *

Jawapan aku tidak .

Kenapa tidak ? tak perlu cakap banyak - banyak , klik sini . Dan jangan jadi bodoh percaya bulat - bulat pada semasa . Taip pada lebai google dan kutip maklumat - maklumat penting . Kait , dan renungkan .

Pasti kamu semua akan kata "Aku tertipu !!!"

P/S : maaf , masih post merapu .
~ cau ~

2 comments:

anuaryangbaikhati said...

apa yang ko merepek nih labuuuuu...tido la sokgi nak keje....muahaha Slamat Menyambut Hari Merdeka yg ke 52...

Lim Eng Leong said...

kah kah kah . . lu ni tak jiwa patriotik la nuar ~