22 August 2009

Bila terhantuk baru benjol

Post yang agak serius

Kelas bahasa .

Pada sesiapa yang berminat , sila teruskan membaca pada yang sederhana minat boleh terus layari youtube mahupun tubemerah .


Sebagai bekas guru sambilan di sekolah kebangsaan Sinaran Budi yang berdedikasi lagi kacak menawan dan mengajar subjek bahasa Melayu , hari ini aku nak memperkenalkan kosa kata baru yang agak jarang kita dengar mahu hayati pada sidang pembaca sekelian .

Jadi untuk hari pertama ini kosa katanya ialah :

ungkit ; mengungkit 1 menyungkit , menuil , menuas , mengungkil , mengangkat sedikit dengan tuas , mengumpil 2 membongkar (perkara yang lama ) , membangkit - bangkit

Menarik tentang kosa kata ini :

1 . mempunyai kata akar yang mempunyai 6 huruf .

2 . biasanya digunakan dalam urusan pergaduhan . tak kira samada gaduh ayah emak , makwe pakwe , mahupun ustazah dan anak murid .

3 . sinonim pada golongan wanita

4 . boleh digunakan sebagai senjata untuk memutuskan apa sahaja . macam jari , kaki mahupun hubungan .

5 . tidak boleh dimakan mahupun dikemam .

6 . jikalau bernasib baik , pengguna tegar perbuatan mahupun ayat ini akan disepak mahupun dilempang dengan ganas .


Latihan untuk hari ini :

Lelaki : buat 2 ayat menggunakan perkataan ini

perempuan : tulis kosa kata ini sebanyak 23x pada kertas A4 putih double A

Sila hantar tanpa gagal sebelum teregelincir matahari sabtu minggu hadapan .

Kosa kata minggu hadapan : Gaduh @ gado - gado

bersambung minggu hadapan .

~ cau ~

4 comments:

nEd~Ya said...

UNGKIT...

ada juge lelaki abad ini mengungkit..
kalo rase nak lempang, kenapa perlu
rasa2? lempang je..

ungkapan maaf dikatakan mampu atasi segala perit ungkitan..tp rasenye kini tinggal tanda tanya..

kalo hubungan juga bisa putus, maka MAAF itu sebenarnya tiada membawa apa2 makna.

sekian wassalam..

Lim Eng Leong said...

komen yang bernas . . . hehe

Rei said...

tubemerah?
wahakakak

Ungkit mengungkit ini datang nya dari kuih bangkit sendri.

Sebagai contoh...keluarga Samsul membuat kuih bangkit sempena hari raya aidil adha yg bakal menjelang. Keluarga Karim mendapat tahu perkara ini lalu pergi ke rumah Samsul utk mengambil sedikit sebanyak kuih bangkit yg telah siap. Keluarga Daud pula berasa amat berkecilan pada hatinya kerana tidak diberi tahu tentang aktiviti membuat kuih bangkit yg dijalankan oleh Samsul sekeluarga.Di tambahkan pakej kecilan-cilan pada hatinya apabila Samsul tidak memberikan sedikit sebanyak sumbangan dalam bentuk kuih bangkit kepada Daud ini. Lalu timbulah isu ungkit iaitu
Daud menceritakan kisah lamanya yg dahulu memberikan kuih bangkit itu kepada Samsul dan tidak pernah melupakannya.

Sekian sahaja sejarah untuk ungkapan pada minggu ini~

Kesian Terima Gasing~

Lim Eng Leong said...

faham yerk kau tube merah tuh . .
wakaka . . .

hahahaha . . .cerita rakyat pertama kali aku dengar .

leh kongsi yang laen dgn aku ka?