31 December 2009

Malam tahun baru , aku hanya duduk di pejabat

Tahun 2009 sudah berlalu . Berlalu tanpa menunggu aku . Sejujurnya , aku tidak gembira atas kehilangan tahun 2009 dalam hidup aku selepas ini . Masakan tidak , tahun itu adalah tahun yang aku rasakan memberi sejuta makna kehidupan pada fasa dewasa diri aku . Khususnya tentang erti kehidupan ini .


Kenapa aku kata kehidupan ? .


Selepas tamatnya pengajian diploma di salah sebuah Institusi terkemuka di Malaysia berbanding UKM dan UiTM , maka aku menumpukan seluruh minda aku untuk menyambung pengajian ke Ijazah pertama . Maka pelbagai usaha aku lakukan untuk mencapai hasrat aku . Dari secerdik cerdik perkara macam isi boring UPU secara online (itupun bodoh jugak , sebab tak pandai ikut susunan) , sehinggalah ke usaha sebangang-bangang nya iaitu tuisyen IELTS RM500 . Namun apakan daya , mungkin atas sedikit kesilapan teknikal berlaku di pihak UPU , maka nama aku tercicir untuk mendaftar sebagai pelajar baru di Universiti idaman seluruh umat Melayu di Malaysia iaitu UTM Skudai . (akhirnya aku ditawarkan mengikuti kursus Mikro-elektronik di Unimap, selepas beberapa beberapa bulan …. )



Aku sedih ketika itu . Sedih kerana hasrat aku untuk menjadi seorang Jurutera nampaknya semakin samar samar ala ala samat sebaran . Apa kaitan ? . Maka selepas kecewa itu , aku cakap pada diri aku “argh!!! , malasla belajar belajar , baik kerja , tentu dapat duit , dapat beli SLR mahal mahal …” . Getus hati aku , yang sampai sekarang masih berangan angan memiliki SLR termahal di Malaysia .



Mencari kerja bukanlah sesenang mencari aiskrim di Lorong Haji Taib , yang bila petik je ia datang . Susah sebenarnya . Dengan kelulusan yang sederhana cemerlang , maka aku sedar bahawa aku tak boleh memilih kerja untuk teruskan hidup , lagi lagi tidak meminta duit dari bapak aku . Maka , pelbagai kerja aku lakukan sementara mendapat kerja tetap , atau kata mudah lagi kerja yang berslip gaji . Almaklumlah , niat untuk mendirikan rumahtangga , sudah terlintas belum membuak buak waktu , maka kalau ayah mertua tanya , “kerja apa ni nak?” , maka cepat cepat aku hulurkan slip gaji aku seraya berkata , “tengok ni pakcik!!” .



Dari penjual burger dihadapan kampung (sampai diperlekeh lekeh oleh jiran) , kemudian ambil tender mencuci tandas bekas sekolah agama aku (owh ya , pandangan sinis yang amat membuat hati ku terkacip) , ikut catering Rosmalini , jual makanan kat Pasar Malam , sampaila jadi pembantu kedai kat Shah Alam semuanya aku ambil/kerja tanpa banyak mengeluh . Bagi aku ketika itu , untuk orang yang tak berapa pandai macam aku ni , untuk mencapai sesuatu yang gembira mesti disertakan dengan sabar .



Namun disamping melakukan kerja kerja sampingan ini , aku tak lupa untuk sedikit berikhtiar mendapat kerja tetap . Katakan apa sahaja laman mencari kerja , taip sahaja nama aku , pasti akan keluar biodata ringkas aku beserta gambar aku berbaju merah yang tak disukai cik Pearl . Jobstreet ? JobsMalaysia ? Jabatan Tenaga Kerja ? hatta , kalau kamu ke kilang Adabi kat Sungai Dua Rawang itupun , pasti terselit resume aku dipejabat Sumber Manusia mereka .



Kira punya kira , sementara aku menunggu untuk mendapat kerja berslip gaji ini , adalah hampir lima kali aku ditemuduga untuk kerja . Bermula dengan Kilang Elektronik Mizuden , Perbadanan Sisa Pepejal Malaysia , Bernas , Kontraktor Jais , dan terakhir POS Malaysia yang melekat jugak akhirnya ala ala zigot .



Maka rasminya , bulan Mac 2009 , bermula era aku berjawatan kerani di Pejabat Pos Malaysia di Dayabumi tingkat lima . Waktu itu , seronok tak terkata aku hendak cakap . Walaupun hanya bergaji bersih RM1000 , dan setelah ditolak pelbagai itu ini dapatlah RM850 , aku merasakan amat bertuah . Bertuah kerana , dapat pergi kerja jam 7.30 pagi , balik 5.30 petang , ada waktu rehat , ada waktu sembang , dan tak lupa ada waktu untuk mengular mengusha usha pemandangan Kuala Lumpur . Selebihnya , aku berasa bertuah dapat mengatur kehidupan yang lebih baik dari sebelum . Bertuah pada diri sendiri .



Namun , semuanya yang indah hanya seketika . Sekitar penghujung bulan 5 , aku mendapat panggilan dari pihak TM yang menyatakan bahawa resume yang aku hantar terus ke HR , terselit di tengah tengah resume yang akan ditemuduga untuk jawatan Pembantu Teknik . Aku bertambah gembira , namun disudut hati aku masih terpaut perasaan serba salah .



Serba salah kerana , kira punya kira , kalau aku dapat kerja di TM sekitar bulan 6 , maka aku hanya bertugas sebagai kerani hanya 3 bulan .Apa orang cakap apa nanti ? . “main main la awak ni !!!” , mungkin itu yang mereka mereka ini akan fikir .



Tapi itu mungkin kata orang , yang mak aku cakap , mulut orang tak boleh tutup , tapi mulut tempayan boleh . Maka aku hadiri jugak seisi temuduga TM tu , yang aku rasa sehingga kini boleh menjadi mimpi ngeri dalam hidup aku . Macam macam soalan ditanya , dan paling diingati , siap disindir , diejek malah tak keterlaluan lebih malu ditemuduga ini dari digelak wanita wanita tak berapa cantik sewaktu aku kena berdiri depan perhimpunan sewaktu darjah enam dahulu asbab bergelak gelak dalam kelas .



Maka dengan bermodal , “kelebihan saya adalah , saya adalah graduan dari Universiti terkemuka di Malaysia hatta di Dunia!!” , (aku jawab macam ni sebab , awal awal lagi penemuduga tu dah warning , “kalau awak jawab kelebihan saya ialah saya boleh kerja lebih masa , sanggup dihantar dimana mana , berdedikasi , bla bla …dengan pantas saya halau awak keluar dari bilik ini” ) maka aku ditawarkan kerja di TM . Aku gembira tak terkata . Tak tahu nak ucapkan macam mana lagi . Seolah olah dunia ini aku yang punya .



Sehinggalah sekarang , aku di TM . Walaupun pelbagai tawaran kerja datang lagi macam DIGI yang memberi gaji permulaan RM2000 , imbuhan pelbagai RM500 , dan kredit telefon maksimum sehingga RM300 , aku tolak dengan cara baik . Bagi aku , TM adalah sebuah GLC yang sederhana menghampiri kukuh untuk aku bertapak . Biarla orang nak cakap , tak boleh kaya dengan makan gaji , tetapi bagi aku sudah cukup aku bersyukur dari aku tak dapat langsung .



NOTA KAKI



Ini adalah secebis kehidupan aku untuk menjadi insan bernama manusia dari segi sosio budaya/dunia . Untuk cerita cinta aku , mungkin aku akan tulis untuk tulisan seterusnya . Namun apa yang boleh aku cakap kan pada semua , semakin hari aku semakin percaya pada kata kata ALLAH



“Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih'.” (Q.s. Ibrahim: 7)

Jadi apa lagi , syukur jangan tak syukur .

~ cau ~

No comments: