01 January 2010

cerita tahun baru bersama roti gardenia coklat

CERITA SATU


Aku dapat email dari seorang pembantu tadbir bahagian Training yang aku rasa masih muda memberitahu , yang nama aku dicadang oleh pihak pengurusan untuk dihantar kursus selama 51 hari , bermula 11hb ini di Pusat Latihan di Kuala Lumpur . (dalam hati aku , apala buat kat KL , buatla kat Kuching ke !!)



Maka , masa mula mula dapat email itu , aku terduduk lesu sambil kepala memandang ke lantai yang baru dimop semalam . Dalam kepala aku mula terbayangkan kesusahan pada diri aku kelak bila aku turut serta dalam kursus itu . OT aku sangkut , dapat gaji basic je , mana aku nak dapat kemudahan internet selaju 4.0mps tanpa sekatan disana yang terang terang mengamalkan polisi “budak budak tak boleh bukak Fesbuk !!” . Namun aku cepat cepat cuba positifkan diri aku , dengan harapan aku tak lagi buat tindakan yang aku rasa kurang berbaloi berbanding kalau aku tak buat tindakan itu dulu .



Gila apa , masa dulu aku diminta tukar ke division lain , bermatian matian aku menghalang usaha murni SP tu . Namun akhirnya aku mengakui , yang itu kesilapan aku .



Kesimpulannya , aku memang tak suka kursus kursus lama lama . Lagi lagi yang tak boleh claim millage ni .



CERITA DUA



Malam tadi , malam sambutan tahun baru 2010 . Maka ramailah orang berbondong bondong pergi menyambutnya . KLCC , Dataran Merdeka , tak terkecuali Sunway Piramid yang terletak berhadapan rumah sewa aku .Tapi aku sambut di pejabat sahaja , siap dapat duit RM200 lagi . Siapa nak bagi ?



Kesimpulannya , jikalau ada peluang buat duit , maka buatlah . Tapi jangan cerita nak buat , tapi tak buat buat . Menyampah orang mendengarnya (mungkin aku je kot……)


CERITA TIGA



Selepas hampir 12 tahun aku tak menjejak kaki di Taman Pertanian Shah Alam , maka besok aku kembali bersatu dengan pokok pokok disana .



Kesimpulan-nya : “abang ni asyik kerja je , jomla pergi bercuti pulak . Ajak adik adik sekali yang nak masuk sekolah nanti , dapat rehat rehatkan minda !!” … dalam hati aku berkata , “beruntung kau buja……” sambil tersenyum .



~ cau ~

No comments: