25 January 2010

Keras bahasa jawanya ATOS



Hidup ini sebenarnya tak perlu kita fikir secara kompleks . Lagi lagi bilamana ianya melibatkan prinsip atau bahasa poyonya pendirian hidup . Lalui-nya secara sederhana , sambil tersenyum dan ambil tindakan ke-kiri . Maksud aku ke-kiri itu , fikir penyelesaian secara terbalik . Lagi cun kalau disertakan dengan sikap “lantaklah!!” . Tak perlu berubah dan tak perlu juga beria –ia tekad untuk berubah , kerana memang sifat manusia itu kalau diri sendiri yang tidak sedarkan , maka selama-lamanya ia tidur nyenyak .



Jalan mudahnya , biarkan ia , dan jaga diri kita . Lebih penting , gunakan prinsip “Lantakla , asalkan tak guna duit aku” . Hidup akan aman selepas itu .



Seronok juga kena kritik , paling paling pun kau tahu mana standard diri kau , dan secara tak langsung kau kenal diri pengkritik itu . Aku terima dengan hati terbuka .




~ cau ~

No comments: