11 January 2010

Panas , sudah reda



( Entri ini bersikap perkauman dan keagamaan , jadi sila jangan terlalu sensetif , komen anon amat dialu - alukan . Terima Kasih )



Sekarang musim panas . Ehwal semasa panas , kat rumah pun panas , dan satu lagi ni , MDF panas . Celaka . Juruteknik aku report aircond takdak kat pejabat , dia masuk , tekan tekan suis yang adik aku empat tahun pun boleh tekan , pastu cakap , “ok dah bang !!” . Kalau korang panas hati tak ?



Ehwal semasa pulak , seperti biasa nama ALLAH jadi cerita panas sekarang . Kes Makhamah Agung membenarkan penggunaan istilah Allah oleh akhbar The Herald dalam penerbitan mereka . Maka selepas itupun , seperti biasa akhbar akhbar dan televisyen saluran satu mula bermain sikap perkauman . Akhbar Utusan , seperti biasa , mendominasi membodohkan seluruh rakyat Malaysia ; Melayu am-nya , TV1 , TV2 , tak payah cakap , berita awal awal dah cerita NGO UMNO bantah sana bantah sini . TV3 pulak sibuk dengan AJL .



Sebenarnya bagi aku , penggunaan ALLAH oleh orang kristius tak perlu dihalang dan keputusan mahkhamah itu tak perlu dipertikan lagi . Ini kerana , ALLAH yang orang melayu demo demo konon , “ALLAH” itu hanya milik mereka , sebenarnya milik semua . Milik muslim , kristius , hindu malah buddha sekalipun . Siapa kita untuk mempertikan mereka , kalau mereka kata ALLAH itu tuhan mereka ?



Sabtu yang lepas , aku ada borak dengan seorang kawan aku yang berjawatan dalam pertubuhan melayu Malaysia a.k.a UMNO , aku Tanya , kenapa korang beria – ia bantah penggunaan ALLAH oleh kristius Malaysia , jawapan yang aku dapat sungguh melucukan . Takut orang islam Malaysia terkeliru tak tahu mana satu ALLAH yang benar , kalau kristius guna ALLAH jugak !!



Kalau bab itu berlaku , sebenarnya bukan salah para kristius yang guna nama ALLAH , tapi salah muslim yang tak kenal ALLAH . Biarkanlah dorang dengan versi dorang , ALLAH itu macam mana , pokoknya , untuk muslim kalau boleh sampai terkeliru , boleh tahula , berapa bongoknya pengetahuan mereka terhadap agama , dan kalau nak kata lagi teruk dari haiwan pun boleh .



Media pun tak perlu heboh hebohkan sangat cerita sensetiviti ini . Sorok-kan , atau mudah cakap je , dalam siasatan . Habis . Macam kehilangan enjin jet , pembunuhan Altantuya , runtuh atap stadium , senang je cakap “dalam siasatan” . Lepas tu , lupa , senang cerita .



Lagi satu , kata Negara kita Negara islam , Negara satu Malaysia , jadi tindakan nak bakar bakar gereja tu bukanlah jalan penyelesaian yang terbagus . Nak sensetif tu boleh , tapi tak perlu terlalu hiper sangat . Cukup sekadar , kita meluahkan , dan tunjukkan akhlak yang baik . Ini maki jesus Christ , maka kitab dorang . Agak agak kalau kita , orang hina Rasul Muhammad , al-quran kita marah tak ?



Aku manusia liberal .



~ cau ~

2 comments:

Anonymous said...

allah nama khs yg allah sndri tetapkn, bukn hamba ato agama laen yg mencpta...jika kita benarkan bangsa laen pakai maksudnya kita tidak sensitif apabila ada orang yang menghina tuhan kita...jika kristian, allah itu diibaratkan sebagai bapa tuhan dan jika dalam penggunaannya digunakan secara meluas seperti majalah akhbar hatta blog yg menjadi medium baru sekarang, seolah-olah dia meghina tuhan kita...adakah tidak hina apabila mengatakan tuhan kita beranak dan beristeri...negara kita memberi kebebasan kepada agama lain untuk menjalankan kegiatan agama mereka tetapi mereka tidak boleh menyebarkannya dikalngan melayu...kita jangan fikirkan kita yang kita kata x akan terkeliru, cuba kita fikirkan orang lain yang sukar mendapat akses maklumat dengan tepat tetapi jika kita iktiraf diri kita x akan keliru nescaya kita nie mukjizat la seperti alquran yang tidak akan ada pertukaran apa2 dan sentiasa mengikut peredaran zaman walupun ianya sudah lama ditulis. kita sudah lama aman, genesis yang digunakn dalam malaysia satu habuk pn x dak menyebut istilah allah x de masalah pun sebelum nie....


nota penting
islam liberal dikategorikan sebagai sesat dimalaysia hatta ulamak jais atau ulamak perlis menyepakatinya

Anonymous said...

betol la abu...ko xleh jdkan islam libral sbg pendirian atau pegangan ko...nnt perpesong akidah yg ak takutkan sgt tu....