19 February 2010

DSLAM VS WiMAX




(Entri untuk memberi tahu bukan untuk membanding okey !)

Sebelum teruskan baca , apa kata fahamkan entri ini dulu




Ramai orang cakap , P1 Wimax lebih hebat dari Streamyx sebab kat perkataan Wimax itu sudah tertulis Max yang member maksud Maximum . Apakah ia benar ?

Sebenarnya ;

P1 Wimax menggunakan system WiMax untuk menghubungkan pengguna ke Metro-E . Sistem WiMax ini menggunakan gelombang untuk medium pemancar dan penerima-nya dimana gelombang spectrum yang diberi kerajaan adalah 2.3GhZmPPs sahaja . Ini bermaksud . setiap pencawang hanya mempunyai nilai spectrum gelombang tersebut , dan perlu dikongsi bersama pengguna . Ekoran itu , sebenarnya kelajuan laluan adalah sepenuhnya bergantung kepada berapa banyak pengguna yang perlu anda kongsi gelombang tersebut . Semakin ramai pengguna yang anda berkongsi , semakin perlahan kelajuan laluan anda .


Streamyx pula menggunakan system DSLAM untuk menghubungkan antara pengguna ke Metro-E yang kelajuan laluan adalah bergantung pada jarak rumah/port pengguna ke DSLAM tersebut . Untuk “cooper” capaian tertinggi adalah 25Mbits/s (~300m) dan minimum adalah 800kbits/s (~10km) ; manakala untuk “fiber” 100Mps/s (~300m) dan minimum adalah 10Mps/s (~10km) . Setiap pengguna diberi satu titik(port) dan tidak perlu berkongsi . Jadi soal kelajuan , adalah tiada menjadi masalah kecuali pengguna menggunakan pentium I untuk mengakses .


Apa itu Metro-E ?


Metro-E ialah pusat pengumpulan,penghantaran dan pengagihan data . Di Malaysia terdapat tiga Metro-E iaitu di Pulau Pinang , Putrajaya dan Pahang yang dihubung terus menggunakan kabel dasar laut ke pusat server yang terdapat di Amerika , Jepun dan sebuah negara Eropah .
Metro-E di setiap Negara hanya dikawal oleh satu syarikat , dimana di Malaysia ia dikawal trafiknya oleh pengolah streamyx . Jadi , samada ia Celcom Broadband , Maxis Broadband , Digi Broadband hatta P1 Wimax Sdn Bhd pun , ia perlu melalui Metro-E kawalan streamyx .


Kesimpulan-nya : Di rumah gunalah DSLAM , di McD gunalah DSLAM , jangan guna WiMax kerana anda perlu berkongsi . Tentu anda taknak kan ?

p/s : Tak faham dan nak faham , boleh email di cekodoksedap at gmail dot com .







7 comments:

zliah said...

goood gooood!

hihi teringat pulak masa praktikal kat TM dulu. DSLAM, RDSLAM, Metro-E blablablablaaaa~

pesal said...

abu...ak sokong sangat apa yg ko tulis nie....knp la org benci sgt kat TM..sdangkan wimax pn menggunakan infra dpd TM...hehehe...idup TM...

wan-niza said...

streamyx kat rumah sgt teruk...online time hujung minggu pun tak bleh

nape ek?

Lim Eng Leong said...

@ zILa : tapi hang nanti Zila keje ngan TM , degree dah tak main DSLAM an bla bla ni .... hehe

@ Pesal : ang tukar TnB awat ?..

@ Wan : Mungkin port wan "hang" . cuba telefon 100 untuk bantuan reset kan port tu ... Insyallah , hanya selepas 6 bulan @ lebih baru masalah ini boleh berulang lagi ..

pesaL said...

ak hanya mencari lebih kebahagiaan dlm dri....

Lim Eng Leong said...

ayat tak komersial la... hahaha ~ apapun yang penting , halal !!

Anonymous said...

pastikan wiring dlm keadaan baik jika anda mgunakan streamyx drumah pastikan tiada parallel(penyambungan) yg salah..kala boleh soket telefon rmh terus modem jgn sambung sne sambung sni..ni smpi 5 telefon dlm rmh..problem 2..lg2 kala ada yg pkai alarm rmh..ermm...