22 February 2010

sketsa malam tadi diatas bas yang bawa 80km/j


(Terasa bersalah , perlu mohon maaf )


Malam tadi , masa kat Johor Baharu lagi , aku dan budak rumah aku dah rancang untuk bertemu di salah sebuah hentian kecil atau rehat dan rawat di Melaka untuk aku tumpang dia sampai Kuala Lumpur . Perancangan yang rapi , titik pertemuan , strategi untuk berhubung , siapa hadapan siapa di belakang kira kira fikir hampir 89 peratus akan berjaya lah .

Setiba di Muar , atas bas waktu itu , waktu budak rumah aku itu telefon untuk temu janji , tiba tiba ….

Bateri telefon habis …. Cilakak . Mengelabah ditambah terasa telefon sangatlah tidak berguna dan berasa perlunya telefon awam dimana mana walaupun nombor telefon budak rumah aku tu ada dalam sim kad , dan apa boleh buat selepas itu ? Aku meneruskan juga dengan bas walaupun dalam diri ini terasa bersalah dan serba salah .

Kesimpulan hidup yang boleh dibuat , pergi kemana mana pastikan “charger” telefon dibawa dan jangan lupa tulis nombor telefon dalam buku kecik telefon .

Ps : abaikan kalau post ini tak mencerminkan usia aku 23 tahun .

~ cau ~

2 comments:

Anonymous said...

Dan dalam erti kata yang lain akulah 'Bdk Umah' tue....huh..

buja said...

oiiit , buatla akaun Gmail ...