18 March 2010

Nak ber"NGO" boleh , tapi kalau asyik puja puja ketua "NGO" , meluat jugak orang




( Budak budak berpesatuan yang perasan hebat , biasanya asyik memuji ketuanya memanjang )

Budak budak “ultras” Islam , biasanya membawa ideologi “Neraka” . Seolah olah Islam itu neraka dan neraka itu Islam. Golongan golongan macam ni , biasanya mengenetepikan pendekatan akhlak dalam berdakwah tetapi sebaliknya kekerasan kata dan momokan .

Nak kenal golongan golongan macam ni tak susah , kalau dalam dakwah / tarbiah asyik menyebut lebih “Neraka” dari “Shurga” , konfemlah . Satu lagi , yang fikir diri dia lebih “Islam” dari “Islam” orang lain . Golongan biasa tak layak sebut ALLAH , cerita ISLAM , borak tentang Sunat , hanya pada mereka sahaja yang layak .

Contoh mudah dalam bab bercinta atau kata saintifiknya "couple" ; orang couple je mudah dituju neraka , walhal untuk keneraka bukan disebabkan "couple" itu , tetapi perilaku yang melanggar etikanya . Apa mudah mereka menjadi tuhan (?)

Kesimpulan mudahnya , kalau aku ditakdirkan menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti , golongan golongan inilah pertama aku akan hapuskan . Bercakap menggunakan Emosi , dan bukan-nya akhlak .

Sifir mudah , berdakwah/bertarbiah ; Emosi > akhlak = manusia tidak terpikat pada ISLAM .

Aku tak pernah anti ISLAM !

~ cau ~

3 comments:

pesal said...

ko mmg panas sgt ngan org lebih islam dpd islam ni knp???ko msti ada pengalaman tersendiri kan...ko tegur la skit2...

Lim Eng Leong said...

payah nak tegur selagi dorang rasa "Islam" dorang lebih dari "Islam" kita .....

wan-niza said...

syg ek..smangat org2 ni tinggi nak berjuang..tapi asyik nmpak slh org je, camne nak jd pendakwah

niat nak buat baik dah dapat pahala..belum buat lagi..sedangkan kalau niat jahat belum dpt dosa..dah buat br dosa...Allah Maha Penyayang..bukan menghukum semata