26 March 2010

Cerita + Tag


( Diam bukan beerti bisu , tapi lebih kepada malas nak layan )



Sekarang musim HSBB , maka aku pun sibukla sikit sikit dua tiga minggu lepas . Pergi meeting sana , perjumpaan sini , seisi briefing sana , briefing sini , tapi sejujurnya semua hampeh , hampeh sebab tak boleh claim millage . Apa gila kalau kursus sehari boleh dapat Rm30 paling paling , tapi pergi taklimat bla bla situ sana hampir empat kali pun tak dapat satu sen pun .

Tapi tak kisahla , duit bukan apa sangat dari ilmu yang aku dapat , dalam hati aku cakap . Buktinya ada budak exec sorang nak “kencing” aku tentang broadband , maka bila dia cerita berkobar kobar , akhir cerita aku cakap kat dia “pergi ngaji habis dulu baru nak cakap dengan yakin” . Serius bongkak .

Tak semena mena dia terdiam , dalam hati aku tahu mesti dia cakap “Abuzar ni memang keras , cakap nak menang je!!!!!!!!!!” . Apa gila dia bagi tahu maklumat salah aku nak biarkan , kalau budak luar percaya tiba tiba dapat tahu kebenaran , sah sah digelar budak budak TM ni penipu . Jadi nak menyelamatkan orang luar dari terpesong akidahnya tentang prihal ini , lebih molek aku betulkan . Amar ma'ruf nahi mungkar katanya .

Maka jugak , malam ni aku rajin nak selesaikan sebahagian TAG yang Cik Pearl berikan . Baca dengan teliti dan peringatan , semua maklumat adalah benar benar belaka

Arahan :

Da Rules:
Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 23 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 5 people to be tag!!
Maksudnya : Sebagai lelaki kacak yang dikenali ramai , anda dikehendaki menulis fakta anda kepada peminat . Berapa banyak , ikut suka hati . Jadi , mari ikuti .......

1 . Nama aku tak glamer . Serius . Takde ahli politik , artis Malaysia yang tak layak dijadikan idola , pemain bola sepak , bola jaring mahupun ping pong seluruh Dunia sama dengan nama aku . Jadi boleh la dikatakan nama aku ni unik . Lagi satu , kalau sesiapa yang mengandungkan anak lelaki , letak nama anak sama dengan nama aku , serius nanti anak itu kacak macam aku . Baiknya , tak usah cakapla .

2 . Sampai sekarang aku masih mencari taraf bangsa aku , yang pasti bukan Melayu sebab nasab aku memang langsung tiada Melayu . Datuk aku sebelah bapak asal Hainan China , manakala datuk aku belah emak aku dari Jongjakakarta Indon . Jadi , aku betul betul hangin kalau cakap orang cakap aku Melayu walaupun dalam kad pengenalan aku tertera bangsa ; MELAYU !!! . Ape kehal . . . .

3 . Bila aku makan , nasi panas , sambal dan kuah adalah menu wajib menandakan aku betul betul berdarahkan Cina dan Jawa Indonesia . Lagi satu yong tau fu dan tahufa , memang aku gila !

4 . Tudung ekin bagi aku pakaian paling huduh dalam Malaysia ni . Tudung orang pemalas , dan lagi satu tudung yang tak anggun dipakai oleh si pemakai walaupun yang pakai itu perasan dia anggun . Lantak korang nak cakap apa bab ni .

5 . Benci pada budak budak silat yang serius gampang , nak tunjuk poyo dia belajar silat lebih dari orang lain . Bukan semua , tapi kebanyakan . Contoh kegampangan nya , cuit-cuit sikit “hiphiphip !!” sambil membuka kekuda konon macam musuh menyerang walhal kawan nak mencuit bergurau . Ingat perang , orang guna silat menang ke AK47 menang ?

6 . sambung esok kalau rajin ..... sebab esok perlu bangun pagi untuk hantar Partner aku ke Serendah untuk majlis graduasi katanya

~ cau ~

5 comments:

nEd~Ya said...

tolongla..

Nazry Iskandar said...

budak silat kene keja anjing nak hip ape bende.

Anonymous said...

to nazri : ad identiti daripada rambut cacak, identiti apakah yang dibawa?

wan-niza said...

berikan definisi Melayu...menurut perlembagaan Malaysia, ia tiada kaitan dengan susur galur keturunan =) oh ya! Malay Archipelago itu termasuk kepulauan jawa =)

Lim Eng Leong said...

Wanezza , saya setuju dengan awak!