08 April 2010

Bilamana



Kisahnya dahulu , aku pernah berkerja dengan POS (M) Berhad .

Bilamana , surat banyak dibuang dikawasan Metropolitan macam Kuala Lumpur dan Petaling Jaya , ramai orang marah marah , kata POSMEN tiada intergriti kerja , malas kerja dan pelbagai tomahan lain . Tapi ramai tak tahu , kadang kadang ikut kawasan ada POSMEN perlu menghantar 3000 keping surat sehari .

Bilamana , kerani POS melayan pelanggan macam haram jadah , masam muka , bertempik marah marah , jelling menjeling dan pelbagai birokrasi lagi , ramai orang marah , kata mereka tak ikut kempen Senyum saranan kerajaan la , budget bagusla , asyik nak marah jela , dan yang sedikit positif akan cakap mungkin kerani ni tengah datang bulan . Tapi ramai tak tahu , kadang kadang pelanggan yang menipu menyebabkan kerani yang akan kena.

Namun ramai yang tak tahu mengapa dan kenapa keadaan ini berlaku . Dengan pendapatan RM 700 (Posmen) dan RM1000(Kerani) , hambatan kerja yang kadang kadang menjangkaui kudrat , tekanan kerja lebih lebih lagi dari aso cina dan apek tua yang kadang kadang tak faham bahasa , belum lagi Bangla dan Nepal yang berulang kali cakap tak dibenarkan mengepos cecair tetapi berdegil , maka aku rasa keputusan kerajaan untuk menaik-kan kadar gaji mereka yang dibawah garis kemiskinan ini adalah sangat tepat .

Bak kata orang , bayar sepadan dengan kerja, hati riang , muka pun senyum . Baru boleh mara kehadapan . Maka lepas ini , tiada lagi surat dibuang , dan gerenti , masuk pejabat Pos macam masuk shurga !!!

~ cau ~


No comments: