13 April 2010

Gurl



Sedikit kisah wanita untuk dua tiga minggu lepas .

I

Lelaki lazimnya disinonimkan dengan perkataan separa lucah macam kentut , berak , seluar pendek kaki berbulu , berus gigi hitam , bilik bersepah dan pelbagai lagila .

Manakala , perempuan a.k.a wanita lebih sinonim pada pink , bersih , kerja sekolah siap , baju bergosok , tudung ekin , Siti Nurhaliza , softlan , payung dan pelbagai aksara yang cantik cantik .

Maka nampaklah wanita lebih feminin dari lelaki , lebih sopan dari lelaki dan pelbagai lebih .

Tapi , tiba tiba bila aku godek godek fesbuk dan terbaca status seorang wanita atau saintifiknya cikaro tulis “aku suka kentut” terus dalam hati aku cakap ,

“Hebat perempuan ni !!” .


Lagi hebat sebab dia anak ustat !! Wohaa!

II

Dulu kecoh dalam dunia artis bila Wardina cakap artis Malaysia khususnya Melayu tak layak dijadikan idola manusia . Kelam kabut satu dunia . Tiba tiba muncul Zed Zaidi , Zaibo , David Teo dan tak terkecuali Rais Yatim mempertahankan dunia artis .

Maka sedang berborak borak dengan salah seorang makcik aku kat kampong , terpacul mulut aku cakap “memang pon , artis Malaysia tak layak jadi idola!!”

Cepat cepat makcik aku menyampuk “Siti Nurhaliza tu layak jadi idola tau!! , baik , sopan , siap pakai anak tudung dengan jambul gitu!!!” .

“Baik apenye sapu laki orang!!” , jawab aku ringkas .

“grrrrr!!”

Bunyik yang aku dengar mungkin membalas jawab aku .

~ cau ~




2 comments:

Rei said...

Kentut tu separa lucah ke?
ekekekekek

Lim Eng Leong said...

hahahaha~
kata orang perempuan