22 April 2010

Peperangan Moden adalah Birokrasi


Zaman sekarang kerja , tak macam zaman dulu dulu . Kalau dulu , kerja yang mencari pekerja , sekarang melangkau , pekerja mencari kerja . Makanya , bila pekerja melebihi kerja , mulalah timbul isu , graduan yang baru tamat belajar dipaksa mencari pengalaman sekurang kurangnya tiga tahun untuk dapat kerja .

Sebagai syarat untuk memudahkan kerja , alasan majikan walaupun terang lagi bersuluh budak budak baru grad , mana nak datang pengalaman . Pergi buat intern/praktikal pun tidor , kehulu kehir macam mandur , nak dapat pengalaman . Alasan untuk tak nak ambik pekerja .

Majikan yang baik sikit , tak kisah pekerja tu ada pengalaman atau tak , diambik kerja dan diberi kerja , tapi kontrak memanjang . Haru . Dari tahun ke tahun , ada kes cukup tahun keenam , tak disambung . Betul betul haru . Kisah sebenar kawan aku yang kerja dengan Majlis Peperiksaan Malaysia .

Alasan majikan , kurangkan kos . Jawatan kontrak , segala kemudahan seperti elaun dan lebih masa mempunyai nilai atau rate yang berbeza dari yang tetap , malah ada lagi kejam potongan KWSP dan Perkeso tidak dicarum . Kalau mati semasa kerja , samalah mati macam mati Ibrahim Ali (baca: Katak) . Maka seronoklah para majikan majikan seluruh Malaysia , mengaut keuntungan pada nama “kontrak” .

Tapi tak semua macam itu , macam kata pepatah , tak kan dalam setandan pisang semua busuk , mesti ada yang okey . Syarikat macam yang aku kerja ni termasuklah dalam ketegori yang okey tu , walaupun kontrak segala kebajikan dan kemudahan diberi . Setakat elaun takde tu , standardla orang inggeris cakap . Dia dah bagi kerja beserta caruman KWSP dan PERKESO tak lupa kerja lebih masa (OT) berlambak lambak kira cukuplah .

Penghujung Mei ni , diam tak diam kontrak aku akan berkahir . Mengikut terma yang ditandatangani aku akan diberi pilihan samada disambung kontrak atau diserap sebagai anggota tetap mengikut justifikasi yang akan dikeluarkan kelak .

Aku belum gila , jadi aku memilih untuk diserap , dan bila diserap baru boleh buat gigi cantik cantik kat klinik gigi , lagi hebat breceeskan semua gigi . Almaklumlah , sempena perjanjian baru antara majikan dan pekerja , yang diberi kemudahan pergigian RM150 setahun .

Semalam aku memulakan modus gerakan melawan birokrasi untuk mendapat jawatan tetap , bermula dari print justifikasi dan serah pada penyelia untuk dinilai .

Masa serah justifikasi tu , sempat penyelia aku bergurau Tanya bila mahu kawin , dan dengan pantas aku jawab tahun ini , dan tak lupa cakap prosedur ini mengambil masa hampir sebulan untuk siap .

Dalam hati aku cakap , "Kalau sebulan !" .

Maka harap harap , dapatlah alasan “kahwin” ini membantu justifikasi yang tentu tentu hebat tuh !!

Doa doakan aku . . . .

~ cau ~

No comments: