03 April 2010

sambungan



(Seperti dijanjikan …… )


Sambungan

6 . Aku paling tak suka orang tak menghargai nama sendiri . Contoh termudah , yang komen blog guna nama “Anonymous” . Korang tak kesian ke tak letak nama korang yang makayah bubuh dalam surat beranak tu . Tengok aku , walaupun taknak glamer sangat letak nama penuh , aku letak nama timangan timangan . Paling paling ada jugak nama . Rahsia lain , kamu nak tahu tak bahawa “anonymous” dalam bahasa Melayunya adalah “Syaitan dan Iblis yang HINA??” . Keji kan .

7 . Sebagai makhluk disukai ramai dan seksis , aku tidak mengamalkan amalan merokok , sebab aku percaya orang merokok tidak seksis dimata wanita .

8 . Peminat kipas mati kelab bola sepak Chelsea FC dan Selangor FA . Alasan-nya mudah , Chelsea FC dimiliki taikun minyak Russia berbangsa Yahudi dan Selangor pulak , tanah tumpah darahku .

9 . Lebih gemar melepak di MPH , Kournikuya , Borders dan sewaktu dengan-nya termasuk kedai majalah baca percuma di sebelah Soon Huat dari berkaraoke di karaoke jamban dan memenatkan kaki pusing pusing MidValley sambil menyiul menyiul cikaro (baca : gadis). Ini fakta .

10 . Menonton wayang bertajuk “syurga cinta” dan “Selamat Pagi Cinta” adalah perkara paling menakutkan dalam hidup aku . Serius .

11 . Sudah bekerja namun belum berumahtangga . Rumah tangga dalam pembinaan dan tiada aral tahun ini jugak siap . Perihal kerja , LHDN sudahpun menghantar surat meminta membayar cukai . Cilakak.

12 . Mempunyai BMI yang tidak normal . Kalau nak normal , makanya aku perlu menurunkan bertat badan sebanyak enam (6) kilogram dari berat yang asal adalah lapan puluh (80) kilogram . Memang kerja gila .

13 . Ramai yang kata aku penentang kerajaan , Anti BN , orang Anwar , saudara Guan Eng , dan bermacam tomahan lain yang benar benar belaka , walaupun hakikatnya kawan baik aku sejak sekolah Taski Abim Al-Hijrah sekarang memegang jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO cawangan/cabang Batu 16 . Profesional , berhujah menggunakan akal dan otak , bukan lutut dan emosi jadi kita tak hilang kawan .

14 . Akhir sekali , nama aku tiada kaitan dengan Abu Nawas , mahupun Abu Kami The Movie .


~ cau ~

4 comments:

orkedanza said...

wahhhh...np nmpk ko mcm da semakin ganaz je skrg...hehe...

btw aku da kembali kedunia blogging :) ari tu cuti kejap..hehe

Buza said...

hahahahaha ....... kene serius sikit skrg yan ...:)

Lame kat dublin , bile mau kembali ke MALAYSIA?

Nazry Iskandar said...

lagi satu citer pulau asmara. tgk tajuk pon dah macam syial.

Buza said...

haahaahaa...

ade ke cerita tu ?

macam tajuk gersang je??...hak5