03 May 2010

Kuasa Kuasa Biru mengalahkan kuasa Merah !


Berita yang semua makhluk gila bolasepak dah tahu .

Chelsea dua , Liverpool kosong

Sinopsis ;

Reina dipilih menjadi pemain terbaik malam tadi . Dengan menyelamatkan percubaan bahaya dari pelbagai sudut posisi Chelsea , tiada keraguan untuk Reina terpilih .

Namun , rasanya kegembiraan Reina itu mungkin hanya seketika dek menangnya rakan sepasukan , merangkap pemain paling senior dalam pasukan dan tidak keterlaluan “lagenda” Anfield ; Steven Gerrard memenangi anugerah “Pemain Paling Baik Hati” .

Barangkali berfikir pasukan nya hanya menentang pasukan Negeri Sembilan yang berbangga ada Zaquan Adha membuat Gerrard membuat back passing yang langsung dicantas oleh Drogba dan lantas menghasilkan GOL seterusnya membangkit semangat untuk Terry an co menang dua berbalas kosong malam tadi di stadium keramat Liverpool ; Anfield .

Gol kedua minit ke -54 dijaringkan oleh “Super Frank” yang dijana oleh “Bilal” Anelka . Gol biasa tapi luar biasa , sebab rasanya kalau Halim Napi sekalipun pun belum tentu dapat selamatkan bola yang berpadu dengan momentum geseran rumput tiruan seterusnya menghasilkan daya tujah yang padu lagi bermutu itu .

Kesimpulannya , Chelsea Juara , Gerrard dihina .

Malam tadi , aku dicengkam oleh dua kuasa Liverpool , satu sang otai dan satu lagi sang budak budak sambil menikmati bebola sotong satu Kilo . Betul betul kuasa gila . Tapi betul orang cakap , biru itu membawa nikmat ketenangan yang paling besar dan sabar yang paling indah , dan akhirnya | Kuasa Tenang biru mengalahkan Kuasa Derita Merah !! | , sambil jug air terbelah dua .

Wi’ll Rather Walk Alone !