18 May 2010

Sedikit tentang Islam dan Ekonomi


Melayu Islam Paranoid sila baca dengan perasaan "Penulis blog ni bukan pandai pun !" . Maklum

I

Bila mana salah seorang Melayu Islam Paranoid cakap berdegar degar yang syarikat DDEE adalah pelopor ekonomi Islam di Malaysia , sebenarnya mereka silap . Sekitar 1970-an dahulu , model mereka ini sebenarnya sudah diguna pakai oleh kumpulan jemaah Islam Al-Arqam .

Bermula dari tapak makanan , kepada tapak kosemetik , semuanya berkala kepada sistem yang hampir serupa , dan fakta lain , pengasas syarikat DDEE itu juga sebenarnya adalah bekas kepada Jemaah Islam Al-Arqam itu sendiri .


II

Kisah lain , disuatu tempat di Petaling Jaya di suatu Expo , aku singgah di booth suatu produk Islam

PE - “Abang , belila produk ini, kalau abang beli produk ini , abang dikira membantu Islam”

Aku - “Owh yeke membantu Islam macam mana tu ? . Berapa harga”

PE - “RM10.00 je bang !”

Aku - “ Mahalnya , produk biasa abang boleh beli dengan harga RM5.00 je ”

PE - “Ni jihad bang , bantu ekonomi Islam , bantu Islam . Jana pendapatan Islam . Abang jangan risau , barang ni semua 100 peratus keluaran Islam , dan hasil ini pun kami akan gunakan jalan Islam”

Dalam ghairah berborak perihal Islam itu Islam ini , ekonomi itu ini ,

Tiba tiba , muncul sebuah kereta mewah keluaran Negara Italy berhenti bersebelahan booth ini , kelihatan seorang lelaki berusia , bertali leher , lengkap berkopiah dengan sedikit kesan hitam didahi keluar bersama beg bimbitnya .

Aku - “ Siapa tu dik ?”

PP - “Kalau abang nak tahu , itulah ketua syarikat untuk bahagian Petaling Jaya ni !!!”

Tergamam aku seketika , “Membantu Islam ke , membantu syarikat Islam ke , atau membantu Pemilik Syarikat Islam??”

Tak sangka Islam pun hendak diKAPITALISKAN !!


III

Tiba tiba teringat masa aku belajar TITAS kat kampus dulu , ustaz aku cakap

“Berniaga dengan niat mahu mengaut keuntungan Maksimum untuk kemewahan adalah KAPITALIS , tetapi berniaga dengan niat keuntungan Maksimum tetapi niat untuk hidup sederhana itu JIHAD !!”

Tertanya tanya aku balik , “Berniaga produk Islam sampai pakai kereta besar , rumah besar itu hidup sederhana ke?” .

Bak kata sahabat aku , “Tak tahu baik diam! ” .

Buat aku tersenyum .

- CaU-


No comments: