30 June 2010

Kalimah Syukur itu !


6 bulan menganggur

Dengan keputusan CGPA aku yang sederhana cemerlang , dan hati masih bercabang samada hendak meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda atau bekerja , aku buat keputusan untuk lepak kat rumah sambil menggemuk-kan badan selepas peperiksaan akhir yang menyeksaan , tak lupa projek yang hampeh . Al-Hasilnya , berat aku naik mendadak ke 86Kg sambil bila tidur sikit berdengkur akan kedengaran . Cibs !

3 bulan buat kerja sambilan am-am

Panggilan pertama kemasukan ke IPTA , aku tak dapat , membuat aku rasa kerja jugak yang sesuai dengan aku .

Kerja kat kedai buku , sambilan grafik grafik basic , dan tak terkecuali tukang tulis surat untuk orang orang tua dan ahli masjid . Gaji rendah , dan tak terkecuali kene kencing sekali . Tapi , orang tua kate benar , “Jauh perjalanan , luas permandangan !” . Macam haram .

3 bulan kerja kerani dengan POS Malaysia

Dengan kelulusan elektrik , tapi kerja kerani . Betul , mengundang pertanyaan tak terkecuali cemuhan . “Apa , kerani ?? , ni mesti UTM pelajar dia tak laku !!” . Cilakak . Nasib aku bukan budak UiTM , kalau tak , mahu aku anjur demo besar besar-an depan rumah makcik beeedeah tu !! . Tapi emosi , gua tak layan .

UniMAP & TM & DIGI

Dalam kekalutan membina karier sebagai kerani POS , 3 tawaran serentak aku dapat . Kerja TM , tawaran sambung belajar , dan tak lupa Pegawai Teknik DIGI .

Sambung belajar dalam jurusan Mikrotronik di Universit terulung dalam jurusan ini , tawaran DIGI yang member gaji asas RM2,000 , elaun RM500 dan bil telefon RM300 perbulan , dan terakhir TM yang menawarkan kontrak asas setahun , dengan gaji RM1,250 yang sesudah ditolak pelbagai tolakan dapatlah seribu membuat aku delima dan akhirnya , aku memilih TM dengan alasan sesuai dengan kursus yang aku belajar , selain sebuah syarikat yang menawarkan jaminan kerja tetap sampai pension .

Sehingga sekarang , aku kerja di TM
***


Tadi admin tempat aku kerja , minta aku jumpa dia , pasal surat katanya . Dengan langkah alang alang , aku pergi . Selepas panjang berbual pasal itu ini , baru aku teringat pasal surat dan aku tanya , tiba tiba dia cakap

“Tahniah , awak dah kekal !!”

2 Tahun penuh cabaran , 2 Tahun penuh kepayahan , dan tak lupa 2 Tahun penuh kesabaran , akhirnya corak hidup itu datang . Batul kata Allah ,

“Bersabarlah , kerana sesungguhnya tuhan (Yakni Allah) bersama orang orang sabar !!!” . . .

P/s : Hidup perlu sedar diri (Kalau Pointer tak cemerlang , jangan ngada ngada nak demand kerja) , bersabar ( bila dah pointer tak cemerlang , buat kerja sebaik baiknya apa yang diberi), dan paling penting sentiasa bersyukur apa yang diberikan (Walaupun , gaji rendah , sementara nak kekal tu , bulatkan hati dengan syukur) !!!! . Bukan nak riak , tetapi sekadar berkongsi .

-cAu-


2 comments:

wan-niza said...

dpt dua kata kunci dr entri kali ni
- usaha
- syukur

usaha sungguh2 dgn sabar, lepas tu bersyukur dgn apa yg Allah bagi..sebab, setiap manusia ada rezeki masing2

oh..makcik bedah tu..abaikan je...bukan dia yg bagi rezeki pada kamu

Lim Eng Leong said...

saya bersetuju dengan cik Wan . .

Kadang kadang tuhan (baca: Allah) nak uji sebelum dia bagi , supaya nampak dia TUHAN kita HAMBA !

=)-