22 June 2010

Seronok tapi ngeri !



Dulu masa aku belajar TITAS 1 , ustaz aku cakap 3 perkara perlu disegerakan dalam hidup . Satu ,sembahyang , dua kahwin , ketiga urus jenazah .

Maka masa itupun , dalam hati aku berdegar degar nak ambik yang nombor dua tu sebagai pegangan hidup dan perisai kata kalau kalau nanti ada orang tua cakap “amboi , cepatnye kahwin , dah tak sabar sabar nak berbini ka atau kerawai dah gatal ??”

Ayat orang orang tua gatai lagi cibs .

Tapi bila semua dah selesai , ayat ayat manusia semua dah tangkis dengan konon agama dan akal , muncul pulak perkara yang lagi menyusahkan lagi memayahkan keadaan dan suasana .

Birokrasi !!..

Borang yang perlu diambil di Pejabat Agama Daerah yang sejauh alam , dipayahkan lagi dengan cop sana situ , mukim sana situ , dan paling me-nyayatkan hati bila di borang 2A dan 2D tertulis ayat “Ujian HIV perlu dilakukan di Klinik Kesihatan Kerajaan SAHAJA!” .

Bab "SAHAJA" tu , betul betul jadi mimpi ngeri !!!

-cAu-

No comments: