15 August 2010

Sketsa hujung minggu




DSC_0054





I

Hidup berkawan ini indah sebenarnya , lagi indah dan terlebih indah bila dengar kawan kita sama membesar tu dah ada “kawan” spesel lain , atau kata mudahnya boypren atau girlfren .

Macam semalam , kat bazaar Ramadhan Taman Tun Teja , terserempak dengan kawan membesar yang sorang bawak boypren , dan sorang lagi galak cerita girlfren .

Spesis selamba badak , selamba badak jugak jawab , “aku dengan janda sekarang bu !!” , dan yang tersipu sipu malu malu kucing pulak jawab , “no komen la abu” , sambil tersenyum senyum sipu malu keriangan . Owh , yang selamba itu kaum adam , dan yang tersipu sipu malu tu kaum Maya .

Buat aku tersenyum sorang sorang sepanjang malam , tanda gembira mungkin .

II

Dulu waktu pasangan aku , ketagih pada jenama Laksa Shack kat Mid Valley , pernah timbul persoalan dalam benak aku , kedai Islam ke bukan jenama ini . Maklumlah , nama barat .

Selepas tiga empat kali pergi , baru aku perasan ada pelekat lambang Persatuan Pengguna Pengguna Islam terpampang kat kaunter kedai tu , maka aku berkeyakinan sahih kedai ini pemilikan Muslim . Maka , selepas itu tanpa ragu , kalau pergi MidValley berdua atau lebih , kedai ini wajib dikunjungi .

Tapi kelmarin , aku kunjung Mid Valley untuk berbuka disitu , aku tengok kedai ini dah bertukar kepada kedai cenderahati S&J apa haram kejadah . Tak semena mena aku teringat pada cerita ini

III

Sempena aku kerja di TM , adalah elok aku buat kerja social sambil menambah duit poket dengan menjual perkhidmatan produk TM .

Jadi , sekarang rasmi , aku jadi agen penjualan/pemasangan streamyx untuk seluruh Malaysia . Jadi pada sesiapa , ada nak tanya pasal streamyx , ingin tahu promosi terkini , soal bayaran bulanan , permasalahan internet kat rumah , perbandingan produk internet terkini , jangan segan silu email , malah aduan tak puas hati pada produk TM pun bolehlah email ke mrabuzarkassim@gmail.com

Segala pertanyaan percuma je pun !


-cAu-





No comments: