18 October 2010

Anugerah Tag


Permintaan isteri wajib ditunaikan , selagi termampu dan terkudrat . Dalam hal menyelesaikan tag blog ni , permintaan kecil je kan yang .


Shrek ni kata , Aziz a.k.a BOS kawan dia


Apa yang bermain di fikiran anda sekarang ?

1 . Bagaimana nak kumpul duit untuk tukarkan Yamaha Nouvo kepada Kawasaki ER-6N . 45 minit dan 45Km dari Rawang setiap hari tanpa menyungkil “gear” amat membosankan !

2 . Aku peminat setia Chelsea FC dan semua orang sedia maklum . Tapi , seorang kawan baik (Peminat kelab Ilumuniti & Freemason) aku sengaja “bakar” Fesbuk aku dengan “ Jemputan menyertai kumpulan penyokong Wayne Sex Rooney” . Ada sesiapa tahu cara mendakwah peminat tegar Manchester United untuk bertaubat menyertai Chelsea ? Berhasil ; aku janji belanja roti canai Mapley Rahim .

3 . Malu tapi mahu . Cara cara menjarak-kan kehamilan . Cibs

Apakah nama samaran anda ?

I . Abu ; Nama kampung yang dikenali seantero dunia termasuk di Guyana .

II . Zar ; nama keala-ala baratan sikit , kira kira nama komersilla .

III . Kuzer ; Akibat kekacakan melampau pada raut wajah aku . Bukan aku cakap , tapi sang isteri aku yang cakap .

Siapakah yang anda sayang dalam hidup ?

I . Ibu ( Lim Eng Leong) & Ayah (Suraya) . Ayat glamournya “Tanpa mereka , siapalah aku !” , cewahhh !

II . Maryam , Muhammad , Luqman . “ Air dicincang tak-kan putus , kecuali air batu !”

III . Nurul Nadiah Abu Bakar . “Kaulah pakaian ku!” , cewaahhh

IV . Semua kawan , sahabat , dan teman tak kira anda dimana .

p/s : Nombor tidak menunjukan ranking . Semua pada tara yang sama , harap maklum .

Panggilan untuk si”dia”

Biasa “dia-dia” ni mewakili girlfriend ataupun isteri .

I . Sayang

II . Yang

III . Pearl

IV . “ada aku kisah !!” … . Hahaha .

Hadiah yang anda impikan dari seseorang yang istimewa ?

“Sepasang anak kembar boleh tak yang ?” , wohaaaa !!! .. :)


Akhir sekali , majulah Selangor untuk menang Piala Malaysia !

-cAu-

1 comment:

snaz said...

nama mak n ayah ko bertukar ke apa?:P
-Ibu ( Lim Eng Leong) & Ayah (Suraya)

aku gelak sat baca yg ni

-Malu tapi mahu . Cara cara menjarak-kan kehamilan