19 October 2010

Kerja Sekolah Bila Dewasa



:Sekali lagi tugasan “Tag”


Alex

Tuliskan 5 fakta menarik tentang gadis cantik si pemberi “award” ini;

I – Kasut , Beg/tas tangan dan tak lupa Baju . Tak dapat di pisahkan , ibarat irama dan lagu kuku dan isi aur dan tebing . Tapi Aiman tak kisah pun , sebab perempuankan , tak-kan Aiman nak paksa suka Kasut Bola pulak ?

II – Anak kedua dari tiga beradik . Jadi tanpa ragu ragu , “Honey” dalam keluarga .

III – Sudah berumahtangga dengan jejaka pilihan hatinya . Memilih untuk bernikah pada tarikh 16hb September 2010 , katanya senang diingati dan semua akan bercuti meraikan . Ahh , apa apa aje .

IV - Kecik kecik cili api . Tegas , garang , sedikit kedekut itulah sifatnya . Tapi bak kata orang , orang orang kecik biasa sayang suami lebih . Ewahhh !!

V – Jiwa kental dan setia pada cinta . Bab ini , aku tak main main .!

Tuliskan dibawah 10 fakta menarik tentang diri dan hobi anda

I - Membaca buku menjadi hobi aku sejak kecik lagi atau lebih tepat lagi sewaktu sudah pandai membaca lancar majalah Kuntum . Tapi itu dulula , sekarang sejak dah bekerja , balik dah penat badan , membaca jadi kurang . Kini bertukar menjadi hobi “membeli buku” ! . Amal jariah jugak itukan ?

II – Bola Sepak . Tak kira menonton mahupun bermain . Jangan tak tahu , aku pernah merotan adik kesayangan aku dek kerana merenggek mahu menonton Astro Ceria 611 dikala aku khusyuk menonton pasukan kesayangan aku beraksi , dan tak terkecuali mencederakan pihak lawan sampai tak dapat main bola selama sebulan akibat bengkak lutut selepas diterjah keras dalam satu perlawanan . Penangan pertahanan tengah kental !

III – Makan mesti ada sambal , dan kalau ada sambal mesti ada makan .

IV – Petrol RON 97 ; Minyak pilihan aku , berbanding RON 95 . Apa guna kereta mahal pakai minyak murah , baik kereta murah pakai minyak mahal . Baru betul betul kaya ! . Hahaha

V – Hampir setahun setengah tak mengisi minyak di Petronas . Apa barang kayakan syarikat yang beri keuntungan pada kerajaan , dalam masa sama kerajaan menggunakan untuk keuntungan kroni . Macam contoh nak bina menara warisan berharga RM5bilion , apa faedah pada aku ?

VI – Politik ? ada juga hasrat untuk menerajui Malaysia suatu hari nanti , dan langkah pertama aku akan buat bila memerintah Malaysia adalah menghalau semua warga asing (Baca ; pendatang HARAM) dari bumi Malaysia . Tak terkecuali , menukar kembali nama Malaysia ke Tanah Melayu !

VII – Tak percaya pada perkaitan MSG( baca : Ajinomoto) dalam makanan terhadap kecepatan mati manusia . Sebabnya mudah , dirumah mengharamkan penggunaan MSG , tapi bila di Mcd atau Azura mencekik sampai tahap tak ingat dunia . Apehal ? Fakta yang anda perlu tahu , setiap masakan diluar rumah tiada satu pun yang bebas dari MSG . Apapun , setiap manusia mempunyai perspektif berbeza .

IX – Pernah menjadi duta “Line 7” , tetapi sekarang beralih kepada jenama “Lotto” . Seiring dengan gaya permainan yang boleh membuat orang gerun . Part syiok sendiri , abaikan .

X – Kaki bersaiz 9 besar , dan pinggang 35 . Ok tak ?

-cAu-


6 comments:

nEd~Ya said...

sedap je cakap org kedekut ye..
kalo kedekut, duit tak abes beli beg ngan kasut tau. hehehehe.

Fadhlipovic said...

Saiz kaki dh sama cam aku, kata org bdn kecik tp kaki gajah. Hahaha...

Lim Eng Leong said...

Nedya ~ hehehe ... gurau je la yang ...:)

Lim Eng Leong said...

Woiiiii , besarnya kaki kau fadh???.. Abnormal ke?..hahaha

Fadhlipovic said...

Abnormal ke haper?? Nk cr kasut dh senang, tp nk cr baju susah skit. Hahaha...

snaz said...

hamboi2.kayanyala..utk pengetahuan ko,klu kenderaan tu boleh gn RON95 n dia gn RON97 itu membazir namanya..sbb prestasi dia xkn sama pun dgn kete2 mahal yg cm boleh gn RON97.
aku gn RON95 je n bkn petronas.sbb aku perasan asal aku gn petronas enjin keta aku mcm berlaga2.
lgpun aku pny belanja minyak seminggu je Min RM50 n biasenye dkt RM100.so klu aku gn RON97 mcm org kaya tu..aku konfem xde duit utk di simpan kt tbg haji setiap bulan.:p