16 January 2011

Kalaulah Seputum dan Maharajalela masih hidup


Bil Astro bulan lepas rumah aku , tertera RM66.95 jumlah ringgit yang perlu dibayar . Siang tadi , aku dapat lagi bil Astro untuk bulan hadapan , tertera RM70.95 jumlah ringgit yang perlu aku bayar . Naik RM4.00 , 6% dari jumlah lama .

Terkejut beruk aku .Cepat cepat aku tengok kat bil tersebut dengan teliti kalau kalau pihak Astro tersalah cetak jumlah ringgit bil , ataupun aku salah bukak bil orang lain punya .

Belek punya belek , baru aku perasan ayat halus kat bawah penyata bil Astro tu , “Government Service Tax (6%) “ atau dalam bahasa Melayu nya “Cukai Perkhidmatan Kerajaan 6%”!

Apa celake , Astro yang berjuta juta untung dan ada kuasa monopoli siaran televisyen Malaysia, kerajaan Malaysia nak tumpang curi untung dari pengguna ?

Nasib Seputum dan Dato’ Maharajala Lela dah lama meninggalkan alam fana ni . Kalau dorang masih hidup , mau Dato’ Perdana Menteri kita dan Anandha Krishnan mati ditombaknya hidup hidup !