29 January 2011




Selangor

Menjadi tradisi untuk Selangor mengumpul trofi setiap musim . Kalau tahun lepas , Piala Sumbangsih dan Liga Super jadi milik , harap tahun ini kesemua empat piala Liga Malaysia mereka sapu .

Malam ini , pertemuan dengan Kelantan untuk perlawanan pertama musim ini dan perebutan Piala Sultan Ahmad Shah . Walaupun rekod memihak pada Kelantan musim lepas dengan dua kemenangan dan satu seri keatas Selangor , tetapi untuk perebutan piala setakat ini belum pernah mengecewakan .

Terakhir untuk perebutan piala yang mana Selangor menang ialah final piala FA 2009 , walaupun pada satu ketika Kelantan mendahului jaringan pada minit tambahan oleh Nor Farhan .

Dengan dibarisi enam pemain yang memenangi Piala AFF diketuai Safee Sali , dan dalam masa sama Kelantan kehilangan pertahanan kental Azizi Mat Rose , perancang tengah Nor Farhan dan Sayap lincah Indra Putra aku rasa tiada masalah untuk Selangor mengekalkan rekod bersih perebutan piala . Cumanya , jangan Khairul Fahmi jumpa bomoh siam sudah .

Jangkaan keputusan malam ini aku jangka Selangor menang tipis 3-1 . Safee Sali dua , Amirul Hadi satu tak lupa Nicholas Tan satu untuk Kelantan . Kesian pulak , bapak labur juta juta untuk bola sepak Kelantan tapi anak tak score .