19 March 2011


Di Mid Valley , Bangsar

Nasi putih , kuah kurma ayam , ayam masak merah seketul , begedil satu , sayur campur dua skop , The “o” ais = RM 13.50

Di Sungai Besar , Selangor

Nasi putih , kuah kurma ayam , ayam masak merah seketul , begedil satu , sayur campur dua skop , The “o” ais = RM 5.00

Dua tempat , menu yang sama , tetapi harga yang sangat berbeza memberi banyak anjakan paradigma dalam fikiran aku .

Kalau dulu , dalam kepala benak aku hanya di Kelantan harga makanan murah boleh didapati , tetapi kini baru aku tahu di Selangor pun boleh dapat harga makan murah .

Jadi selepas ini , jikalau kebiasaan perbualan perkenalan aku dengan penduduk asal negeri Cik Siti Wan Kembang berkisar pada salah satu topik “makanan di Kelantan murah murah” , nampak gaya terpaksa diubah “Kat Selangor pun boleh dapat murah murah tau !” .

Negeri kita budaya kita . Wohaa!