07 March 2011

Kisah kahwin (Edisi dua)


Ketika aku sibuk melihat anak jiran aku dinikahkan , aku terkenang masa aku menikah .

Pagi yang hening , aku duduk bersila dihadapan tok kadi yang aku kenal sejak aku tabika lagi .Dengan degupan jantung yang tak henti henti berdegup laju , ditambah flash kamera yang memancar mancar persis Datuk K sewaktu ingin menikahi Siti Nurhaliza , aku lafazkan taklik nikah dengan satu nafas yang dilepas secara tidak sekata .

“Aku terima nikah Nurul Nadiah Abu Bakar dengan maskahwin-nya sebanyak RM tiga ratus ringgit tunai !”

Sekali lafaz , beserta satu nafas , maka sah aku bergelar suami kepada wanita yang aku cinta dan sukai .

Adegan seterusnya , aku menangis tidak teresak esak lantar bersalaman dengan emak dan ayah aku .

Selesai sudah majlis akad mengakad dan menangis tak teresak esak itu , semua hadirin keluar untuk menjamu jamuan kecil yang keluarga mertua aku sediakan . Tak terkecuali aku dan isteri .

Sedang isteri aku sibuk mengambil kesempatan beramah mesra , aku turut serta . Sambil sambil itu makan apa yang tetamu makan .

Dalam sibuk aku makan dan melayan tetamu/saudara mara yang hadir , tiba tiba aku terdengar suatu macam suara bisikan di telinga aku . Aku kenal suara itu , dan aku menoleh . Nyata , tekaan aku tepat , suara dan pemilik suara adalah orang yang sama .

“Biasa yang menangis lepas akad nikah ini , syaitan !” , bisik suara sambil buat muka sengih sengih .

Aku yang pura pura tak faham tanya , “Kenapa dia menangis?”

Dengan ringkas dia cerita itu ini , syaitan menangis sebab tak dapat nak kacau lagi la , blab la bla dan sebagainya ……

Sebagai balasan dia bercerita ringkas , aku senyum pada dia tanda terima kasih dan kemudian beredar .

Dalam hati aku terdetik , tak sangka dalam dunia moden macam ini , ada lagi orang bangang tak dapat bezakan antara tangisan manusia dan tangisan syaitan .

Ulasan aku , sebenarnya aku menangis selepas akad bukan kerana aku takut tak dapat buat dosa lagi . Aku menangis kerana , sekarang (selepas akad) tanggungjawab aku semakin besar berganda .

Kalau dulu , aku boleh lek lek tiada duit dalam dompet , tak kisah aturan makan seharian , pakai hari raya , tetapi selepas akad sudah tak boleh .

Makan pakai isteri aku , tanggungjawab pada emak ayah aku dan adik adik aku semua tertanggung pada bahu aku .

Jadi kalau dah nama tanggungjawab , maka kelak aku akan dipersoal setiap perkara yang aku lakukan pada mereka .

Cukupkah makan pakai zahir batin isteri aku ? Gembira tak emosi aku pada aku ? Senang tak layanan aku pada ayah aku selepas aku beristeri ? Adik beradik aku yang nak kawen aku kene segerakan , sediakah aku ? Itu belum lagi kalau aku jadi seorang ayah kelak !

Jadi , salahkah aku menangis bila aku mengenangkan tanggungjawab yang bakal aku pikul selepas akad itu ?

Aku rasa aku tak bersalah , tetapi pakcik yang menyamakan menangis aku dengan menangis syaitan itu yang bersalah .