26 April 2011

Prebiu Liga Juara Juara Eropah (Real Madrid Barcelona)







Real Madrid Vs Barcelona

Pertemuan “El Clasico” ketiga dalam 18 hari ini juga merupakan pertemuan separuh akhir pertama Piala Liga Eropah . Pertemuan yang dijangka sengit ini sebenarnya sangat penting bagi kedua dua pasukan membawa bekalan selesa untuk pusingan kedua nanti dan seterusnya bertemu Schalke 04 di final kelak .

Soalan kenapa Schalke dan bukan MU hanya ex-Real Raul Gonzalez mampu menjawab soalan senang tersebut.

Pusingan pertama ini juga memberi petanda kepada siapa bakal juara Piala Liga Eropah kelak dengan lawan mudah menunggu , dan secara psikologinya Real Madrid mempuyai kelebihan selepas berjaya mengikat Barca pada perlawanan liga dan memenangi Piala Raja berikutnya keatas lawan yang sama .

Namun , kebangkitan Real Madrid bukanlah secara mendadak seperti yang dijangka walaupun dibimbing pengurus terhebat dunia ketika ini ,Jose Mourinho.

Lima bulan yang lepas , berlangsung di NouCamp Real Madrid diperkotak katik-kan anak buah Pepe Guardiola dengan lima gol tanpa balas. Sesuatu yang tidak dijangka dan memalukan pihak pegurusan Real apatah lagi selepas mereka berbelanja besar membawa Ronaldo dan Kaka sebagai pemain mereka .

Tetapi itu cerita dahulu yang memberi pengajaran sempurna kepada Cassilas bagaimana hendak “bermain” dengan Carles Puyol dan rakan. Dua perlawanan terakhir sesama mereka , Real menunjuk pada dunia bahawa mereka juga sebuah pasukan yang harus dihormati dek sejarah dan kesungguhan .

Bagaimana Mourinho mungkin boleh menyekat kebangkitan Barcelona yang mengidam kejuaraan Liga Eropah selepas dikecewakan oleh pengurus sama dengan pasukan berbeza ini ?

Tektikal 1.Sekat bola dan tentunya Messi !

Menyekat kelincahan Messi sebenarnya mudah pada teori tetapi tidak pada praktikalnya. Namun sebenarnya , ini adalah cara terbaik dari membenarkan dia dan rakan dari menjaringkan gol .

Menggunakan kelincahan dan diakhiri dengan jaringan , itu adalah skill biasa Messi dan dengan kelincahan itulah dia dinobatkan sebagai permain terhebat dunia masa ini.

Tetapi , bagaimana cara efektif untuk menyekat lincah Messi , apakah dengan meletak seorang pemain pertahanan mengawal sepenuhnya mampu menyekat ?

Mourinho sedar , tektik amalan biasa pengurus pengurus lain dengan meletak seorang pemain untuk mengawal keseluruhan permainan Messi bukanlah cara terbaik dari Barca menjaringkan gol .

Mourinho sendiri pernah menerapkan tektikal ini pada perlawanan pertama “elcalsico” mereka yang akhirnya mereka dimakan dengan mudah lima gol.

Sebenarnya ,bermain dengan ruang yang kecil dan menekan pemain pemain Barca keseluruhan dari mendapat peluang menjaringkan gol melalui “through ball” yang amat digemari Guardiola adalah cara terbaik dan efektif.

Ini bermakna , pertahanan Real (Ramos,Arbeloa,Albiol dan Marcelo) perlu bekerja keras bertahan dari segenap ruang sambil mengharap dibantu pemain tengah bertahan (Alonso,Pepe dan Grenero/Khedira ) yang perlu bermain dekat antara satu sama lain untuk menutup ruang untuk pemain Barcelona masuk ke kawasan mereka .

Dengan membuka hanya ruang yang kecil antara pemain Barca , sebenarnya boleh memberi tekanan kepada keseluruhan persembahan “Guardiola” .

Macam biasa , lawan tertekan akan kerap membuat salah , dan lawan yang salah perlu diambil kesempatan-nya .

Tektikal2.Buang bola dari kaki mereka !

27 kesalahan dari hanya 16 kesalahan pada perlawanan “kene belasah” membuktikan , membiarkan Messi&Co mengawal bola terlalu lama boleh membawa padah !

Jadi apa perlu buat ?

Terapkan “teckle hard” pada bola yang berada di kaki pemain Barca !


Tektikal3.Carvalho dan Ineista

Sebenarnya , ada dua lagi watak penting untuk perlawanan ini selain Messi dan Ronaldo . Dua watak ini sudah bertemu lebih dari 5 kali pada perlawanan perlawanan besar ,Cuma bezanya Ineista kekal bersama Barca tetapi Carvalho pada 3 pasukan berbeza .

Untuk Barca , Andrea Ineista adalah tonggak sempurna untuk mencipta dan menjaringkan gol pada saat saat akhir tanpa diduga.

Tak percaya , boleh tanya pada Hiddink dan Bert Van Marwijk betapa kecewanya mereka bilamana pasukan mereka tumpas pada Barca dan Sepanyol hasil jaringan Ineista pada saat saat akhir perlawanan .

Untuk Madrid pula , tiada apa yang hendak diperkatakan selain mereka amat merasai kehilangan tonggak keras Ricardo Carvalho yang digantung satu perlawanan akibat dua kad kuning yang diterima.

Lebih lebih lagi , hanya pemain ini sahaja yang faham erti bola sepak sebenar Mourinho selepas hampir keseluruhan keriernya bermain dengan corak bola sepak jurulatih tersebut .

Kehilangan orang kepercayaan pada perlawanan besar ?

Boleh jadi nanti Mourinho meletak sebiji “bas” didepan gawang macam mana dia kehilangan tonggak tersebut sewaktu membimbing Chelsea ketika seri di NouCamp beberapa tahun lalu .

Biar menang asal main gampang , itu falsafah Mourinho!

No comments: