21 April 2011

ElClassico Duo





El Classico

(Hasil malam tidur awal , lampu tak tutup , laptop terbukak , dan juga kain jemuran tak angkat !)

Tandukan Cristiano Ronaldo yang menjejah jaring pada babak pertama tambahan masa sudah cukup untuk Jose Mourinho membawa Real Madrid menang piala pertama kelab itu sejak 2003 .

Jose Mourinho yang sebelum itu dikritik hebat oleh Presiden Kehormat Real Madrid Alfred De Stefiano sebagai “pengecut” dalam perlawanan bertemu Barca sebelum ini , membalas kritikan tersebut dengan gaya permainan yang lebih terbuka pada perlawanan kali ini .

Babak pertama , Real meletakkan Ronaldo sebagai penyerang tunggal sambil di bantu Ozil dan Maria di kedua bahagian sayap/flank . Di bahagian tengah pula , Khedira dan Alonso memainkan peranan pemain tengah bertahan dengan Alonso ada sekali sekala mempromosikan diri untuk menyerang .

Namun tektik ini tidaklah terlalu menjadi . Dengan kawalan baik Alves dan rakan di pertahanan , kebanyakan hantaran hantaran dari kedua sayap ini dapat dibaca baik mereka dan ditangkap mudah penjaga gol Barca Jose Manuel Pinto bukan Jose Pepe Reina .

Apapun , Barca gagal mengambil kesempatan atas ketidak ampuhan Real pada tektik dengan jaringan gol . Xavi , Ineista dan Messi serta Sergio selaku penyerang Barca acap kali kehilangan bola. Formula Mourinho yang tidak membiarkan pasukan lawan memegang bola terlalu lama di kawasan sendiri , diterapkan baik pertahanan mereka yang ditunjangi Ramos dan Carvalho .

Pepe , pula sama seperti perlawanan El classico yang lepas , menjaga dengan baik kelibat Messi dan acap kali menggunakan “slidding ball” membuat “ayam katik” Barca itu kehilangan arah . Tambahan lagi , dengan mimik muka Pepe yang serius menggerunkan lagi dia .

Babak kedua , Barca tampil dengan watak lain . Lionel Messi kembali kepada watak sebenar dengan kerap menggula gulakan Pepe . Aksi berterusan ini , membuat kelibat dia lebih menyerlah dari Cristiano Ronaldo yang lebih banyak menyendiri di kawasan lawan .

Hasilnya , Barca memecah kebuntuan dari lorongan cantik Messi untuk menghasilkan gol disudahkan pemenang Piala Dunia Sepanyol Pedro Bosquet pada minit 70 namun gol itu tidak dikira setelah penyerang remaja itu didapati pada keadaan Offside .

Mourinho yang sudah gelisah selepas pemain lawan “Berjaya” menjaringkan gol membuat pertukaran luar biasa dengan mengeluarkan Ozil yang tampak keletihan untuk digantikan dengan bekas pemain Manchester City , Adebayor .

Mungkin melihat Mourinho membuat “pencaturan” tektikal yang salah , Pepe Guardiola mengarahkan anak anak buahnya menukarkan corak permainan kepada “menyerang dengan sangat” atau dalam bahasa FM (Football Manager) “Gung-ho” .

Dengan nampak Barca sempurna dengan gaya serangan bertali arus , Iker Cassilas banyak menjadi watak penting sebagai penyelamat . Buktinya , sepakan padu Andreas Ineista pada minit ke-80 berjaya ditepis kemas oleh penjaga gol nombor satu Sepanyol itu .

Pada minit ke 85 , sekali lagi Cassilas membuktikan mengapa dia layak menerima pemain terbaik perlawanan apabila menepis satu lagi sepakan kencang penyerang Barca berjersi 17 Pedro .

Ketika perlawanan tampak seperti akan berlanjutan ke masa tambahan , AngleDe Maria nyaris menjaringkan gol kemenangan dengan satu rembatan leret padu , tetapi berjaya dinafikan Pinto .

Tamat babak perlawanan sebenar dengan kosong kosong .

Masuk babak pertama tambahan masa , Barcelona tampil dengan corak lebih menyerang dengan Real Madrid hanya bermain dengan hantaran pendek dan sekali sekala membuat serangan balas untuk mengimbang perlawanan .

Cristiano mempunyai peluang menjaringkan gol pada minit ke-90 hasil lintangan pertahanan kiri Real, Marcelo namun dipersiakan begitu sahaja .

Minit ke-105 , akhirnya Cristiano Ronaldo membuktikan mengapa dia layak bergelar pemain termahal dunia ketika ini . Curian bola oleh Marcelo dari Mascherano , membolehkan dia membuat hantaran pendek disebelah kiri kepada Angle De Maria , dan Maria tanpa hadangan membuat hantaran lintang yang cantik dan tepat menuju ke arah kepala Ronaldo , Ronaldo menanduk sambil melompat dan seterusnya GOL !

Gol kedua Ronaldo dalam tiga perlawanan sesama mereka .

Guardiolla yang mengesan kelembapan penyerang dalam menghidu peluang , lantas memasukkan pemain Islam bertatu Ibrahim Affeley . Namun , pemain Real yang seolah olah enggan pasukan mereka dibolosi lantas membuat benteng “bas” untuk memintas hantaran hantaran pasukan lawan .

Tidak cukup dengan itu , sebagai cara melenggah lengahkan masa , Maria dengan sengaja menjatuhkan Alves lantas tidak teragak pengadil memberi kad kuning kedua seterusnya merah kepada pemain antarabangsa Argentina itu .

Minit ke 124 , selepas penat berlari , akhirnya pengadil perlawanan meniup wisel tamat perlawanan menandakan berakhirnya badi Real Madrid untuk menjulang piala selepas kali terakhir menjulang piala pada 2003 , dan Copa Del Rey 17 tahun yang lepas .

Sejurus tamat perlawanan , pada sidang akhbar , sempat Mourinho mengkritik lagenda Barca Cruyff dengan mengatakan “Saya memang dilahirkan untuk mengurus pasukan bola sepak untuk memenangi kejuaraan/piala !”

Ini reaksi beliau selepas dikritik hebat oleh lagenda Orenje itu dengan mengatakan Mourinho adalah jurulatih yang sibuk dengan “piala” dan bukan-nya jurulatih “bola sepak “ sebenar !