12 April 2011


Sambungan "panas" dan kenapa engkau "bengap"

1 . Canang engkau ketua , tapi satu habuk kerja kau tak buat . Ambik barang , hadir mesyuarat ringkas , semua kau tak buat dan hadir . Jalan mudah kau ambik , arah arahkan kontraktor untuk wakil kan kau , dan bila aku tolong mereka kau cakap aku pula gila kuasa . Apa gila babs!

Dari awal , niat aku untuk tak kisah tolong kau atas alasan kau orang lama banyak sakit , tapi dek penangan konon tuduhan aku tergila kuasa , aku ubah 360 darjah niat untuk membantu kau selepas ini .

Jadi selepas ini barang kau kau ambik sendiri , barang aku aku ambik sendiri .

Apa guna menolong orang ibarat melepaskan anjing tersepit ? Anjing lepas , kita digigit .

2 . Dulu , masa aku mahu ambik cuti kahwin lebih dua hari , kemain engkau marah aku . Tepek sound lalu email , siap cc ke supervisor. Kecoh kat orang , tak usah cakapla . Kata kau , unit kerja adalah unit berpasukan . Tolong menolong , dan sapa menyapa itu penting untuk pencapaian pasukan . Jadi kalau nak cuti lama lama memang tak dibenarkan . Lagi lagi kerap bercuti .

Waktu itu kerja memang banyak , sebab tawaran syarikat tempat kerja aku untuk promosi talian baru , dapat netbook baru membuat order baru bertimbun timbun .

Aku kata okey , aku akui salah aku sebab memang semacam salah aku kerap bercuti dengan alasan , dan aku rasa kau tak pernah lalui waktu sibuknya bila majlis berkahwin makin hampir jadi kau boleh marah sesuka hati .

Bujang terlajak la katakan .

Tapi sekarang , barangkali kau lupa apa yang pernah kau tembak aku dalam email , kau buat apa yang pernah kau sound aku dulu .

Pergi kerja , kau bukan sibuk buat kerja , tapi sibuk dengan perniagaan matawang kau (Forex) sampai kerja semua terabai . Telefon tak berangkat , DEL tak siap , dan untuk streamyx apatah lagi memang kau tak pandang . Last last , aku dengan seorang partner la yang kelam kabut menyelesaikan semua .

Beb , partner kita sorang tu dahla berlainan jantina . Kudrat dia berapa la sangat . Tak kan , nampak kawan sendiri tak menang tangan buat kerja , panjat tangga semua , tapi lu buat tak tahu je ?

Perihal ini , tak mengapa dapat tahan lagi . Sebab memang aku dibayar gaji untuk buat semua kerja dan dibayar elaun lebih masa untuk selesai kan semua sebelum balik . Jadi aku tak berapa merungut sangat .


3. Yang ini , memang aku tak boleh tahan untuk panggil kau bengap . Bengap sibuk jaga orang lain , tapi tak tahu perihal sebenar .

Kisahnya , aku balik pukul 6.30 , tapi punch kad pukul 6.15 kau cakap aku cuba manipulasikan masa untuk claim lebih .

Tula payah bila satu pasukan dengan orang tak suka bercampur ni . Orang fikir normal dia fikir normal . Aku balik 6.30 , tapi punch 6.15 , nak manipulasi kebendenya . Lainlah , aku balik 6.15 tapi punch 6.30 , baru boleh diiktiraf sebagai cubaan manipulasi kerja lebih masa.

Dan aku punch 6.15 tapi balik pukul 6.30 pun bukan suka suka , tapi tadi tengah hari aku lepak kat warung nasi kukus sampai pukul 2.30 , jadi aku cover masa balik waktu balik .

Adatlah orang berkurang lebih !