13 April 2011

PerakKelantanManUChelsea


Kelantan Perak

Dengan penguasaan bola hampir 60% (pada pandangan aku) , percubaan tepat yang mengancam , serta tektikal yang hampir sempurna ala ala Barca (pemain tengah berfungsi dengan baik , dan paling penting bahagian bertahan tengah yang bijak membantu pertahanan memain peranan penting ) , Perak memang layak untuk menang besar malam tadi .

Kelantan pula , macam biasa hanya mengharapkan sentuhan Matyo dan benteng terakhir mereka Khairul Fahmi untuk menghasilkan gol serta menghalang dari pihak lawan menjaringkan gol .

Akibatnya , mereka ketandusan jaringan dan dibolosi dengan 4 jaringan . Kekalahan terbesar Kelantan semenjak 2 tahun .

Hanya mengharapkan dua nama besar , sambil yang lain main garu garu telur , memang lunyai la kawan tu nak lari , nak jaring dan nak tampan bola kan dok ?

Tetapi , lawan sebenar Perak bukanlah perlawanan ini (vs Kelantan) sebaliknya “Clash of the titan!” mereka adalah pada Sabtu ni apabila berjumpa dengan pasukan gabungan Barcelona dan Real Madrid iaitu Selangor FA !

Pertembungan dua pasukan teratas dengan kedua dua pasukan mempunyai rekod bengap sebelum bertemu .

Satu , kalah dengan Sabah dan satu lagi kalah ngan T-Team . Sebuah pasukan(T-team) yang bingai lagi bengap yang tetiba juga membuat kejutan mengalah pasukan bintang tetapi dalam masa sama tetiba kalah pada pasukan tangga ke empat iaitu Terengganu .

Manchester United Fc Chelsea

Kenapa Torres dan bukan-nya Drogba , dan kenapa Alex dan bukan-nya Bosingwa ?

Jadi untuk teknikal-nya , memang patut ManYu menang dan Chelsea kalah .

Menurunkan Torres yang tollol , dan Alex yang baru cergas memang mencari kalah .

Tentang pengadil “bias” itu tak perlu nak cakapla kan . Adat resam ManYu merasuah pengadil kasi mereka menang .

Nak makan makian kalau tak kasi mereka menang ?

(Merujuk gol offside , penalty tak dapat dan kad merah untuk Ramires!)

Apapun , peluang ManYu untuk menang UCL memang tipis walaupun menang malam tadi !