01 July 2011

83kg


Barat semasa aku adalah 83kg .

Aku fikir fikir , kalau sekarang umur aku yang baru menjangkau 24 dah berat macam itu tak dapat aku bayangkan 20 tahun aku datang mungkin boleh mencecah 100kg !

Bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati , aku dengan segera mengambil inisiatif dan tindakan segera untuk meminimalkan berat badan aku pada kadar yang sekata dan sehat iaitu 74kg .

Antara tindakan yang aku rasa wajar ,

Membeli e-book Kevin Zahari (Brader yang aku rasa banyak cakap menggunakan fakta dari auta) dan mengamalkan pengambilan kalori yang sepadan dengan usia berat dan jantina aku .

Tak lupa , berlari lari anak 30minit sekitar Tasik Kelana Jaya sambil berdoa tak dapat dosa kering .

Dua perkara ini aku harap aku dapat konsisten buat demi kelangsingan badan untuk tiada ponok di tengkuk dan leher disamping kembali ke bentuk badan ideal .

Yang sebenarnya , berat badan meningkat taklah aku terlalu risaukan sangat tapi bab daging melebih disekitar tengkuk dan leher memang boleh buat aku tak tidur malam memikir .

Doakan aku berjaya erk .