06 July 2011

Bersih 2.0




1 11.Bersih 2.0 akhirnya membuat keputusan untuk tidak meneruskan demonstrasi jalanan seperti dicanangkan,sebaliknya memilih untuk meneruskan hasrat di stadium . Pada aku , ini kemenangan moral untuk Barisan Nasional menghadapi PRU walaupun Bersih 2.0 bukanlah organisasi dimonopoli Pakatan Rakyat. Cadangan aku , kalau nak memeriahkan majlis/demo nanti, bawak pasukan bola sepak Kelantan dan buatkan perlawanan persahabatan dengan Pasukan Bersih 2.0 yang diketuai Ambiga. Dijamin, kehadiran amat amat memuaskan nanti. Agong masuk campur ? Sebenarnya kita ni banyak jilat tak bertempat.

2. 2.Dua tiga minggu menuju puasa ini , jadual aku sangat padat . Bermula dengan membawa ayah mak mertua pusing pusing Sungai Besar(planning sebulan lepas) , minggu hadapan ke Batu Pahat untuk majlis sepupu bertunang, BerBBQ di Janda Baik minggu seterusnya sehingga membuat banyak program terpaksa aku batal dan tolak secara baik. Dapat pekej percutian di Glory Beach Resort semalam berharga Rm300 pun terpaksa aku tolak .

3. 3.Kawan setingkatan, sebola , seRotan aku Nazry Iskandar akan melangsungkan majlis pertunangan-nya Sabtu ini. Sori beb , gua tak dapat pergi hantar bersama lu rombongan ke Batu Pahat. Inshallah, nikah nanti gua follow lu. Inshallah. Semoga pertungan ini kekal hingga ke jinjang pelamin dan ranjang mudah-nya.

4. 4.Hasrat awal aku nak pergi ke Bukit Jalil 21 Julai ni nak menonton pasukan terhebat dunia selain Barcelona iaitu Chelsea FC menentang pasukan kebangsaan Malaysia . Bila dah kata nama pasukan kebangsaan Malaysia, mesti diturunkan nanti pemain terbaik Malaysia macam Safiq Rahim , Safee Sali dan lain pemain Selangor dok. Tapi bila FAM buat pusingan U nak hanya turunkan pemain skuad Olimpik bila bertemu nanti , cepat cepat aku batalkan hasrat. Apa gila, bayar tiket mahal mahal tetiba Chelsea pun turut jadi dungu turunkan pemain Olimpik mereka macam Kakuta an Co ? Kan parah bila hanya kita orang tua tonton bebudak belum baligh main bola !

5. 5.Edomodo . Bukan cicak komodo dari Kepulauan Komodo . Aplikasi Android yang membantu mengira dengan tepat jumlah jarak, jumlah masa dan peta sekitar . Tak lupa juga , jumlah kalori yang terbuang sudah. Harap sebelum puasa ini, berat sasaran aku tidak tersasar.