21 July 2011

Rebiu


Kalau awal tadi , aku jangka pasukan Malaysia XI akan kalah dengan jaringan 5-1 pada Chelsea FC , nampak gayanya jangkaan itu salah , tak tepat dan sangat tersasar .

Keputusan akhir bagi aku ialah kosong kosong , dan gol dari sepakan percuma Drogba yang dikitiraf oleh pengadil itu aku anggap gol haram . Bukan haram di makan , tetapi haram di iktiraf .

Gila apa terang terang tak masuk tapi penjaga garisan kata masuk.

Kalau yer pun penyokong Chelsea tegar , tak perlu la sampai ehsan macam tu sekali brader . Buat malu kaum aje .

Untuk keseluruhan permainan , bagi aku Malaysia XI bermain sebaik mungkin tetapi tidak bagi Chelsea. Dengan menurunkan hanya barisan ketiga pada setiap separuh masa , menampak-kan kesungguhan Chelsea untuk tidak menang malam tadi.

Mungkin memikirkan perlawanan tiada tujuan selain hanya permainan pertunjukan amal dan praktis membuat semangat pemain Chelsea turun naik. Mungkin bermain seks lebih sedap dari menyepak nyepak bola di padang , kata Ashley Cole .

Di kem Malaysia pulak , permainan bagus , tektikal bagus dan semangat yang membara menyeluputi diri pemain. Buktinya , pemain berjersi 16 tanpa segan silu menerpa kearah badan Drogba berebut bola.

Pemain terbaik malam tadi ?

Farizal Marlias. Keeper terbuang dari skuad utama Negara . Tak lupa , Yossi Benaouyun . Pemain bola sepak Israel pertama pijak bumi Malaysia . Nasib Ibrahim Ali tak tahu perihal bola, kalau tahu mahu sahaja Hotel One Utama malam ni kene bom macam apa yang terjadi di Munchen sukan Olimpik lama dahulu !