21 July 2011

Gelora Biru


Plan asal ; tempah tiket VIP , beli jersey dan kemudian ke stadium bersama sambil berpegang pegang tangan dengan isteri tercinta , balik singgah makan makan kat restoran kapal Kg.Baru dan balik ……

Bab titik banyak banyak tu faham faham jela kan suami isteri .

Tetapi biasalah , hidup berpasangan dalam berjauhan memang menuntut tahap keimanan dan kesolehan yang tinggi .

Dengan Huawei buat perangai main cak cak tunda tarikh konvensyen ke hari ini dan esok membuat aku main tunda tunda beli tiket sampaila cikgu nadia sibuk dengan urusan kerja dan kerjaya dia yang sibuknya boleh mengalahkan Tok Jib dalam urusan 1 Malaysia .

Adatlah mengajar di sekolah pinggiran yang system nya pun ala ala pinggiran tak termasuk pengetuanya sekali buat sistem datang sekolah pukul 7.30 pagi balik 5.00 petang setiap hari kecuali Jumaat .

Sehingga tadi pukul 3 pun , aku masih cuba meng’adjust’-‘adjust’ masa , tetapi memang bukan nasib baik Anrea Villas Boas nak jumpa aku malam ni!

Predict aku perlawanan malam ini ,

CHELSEA FC (6) – MALAYSIA XI (1)

Aku kasi Malaysia XI satu gol bukan sebab aku tak patriotic , tapi sebab Chelsea kelab hebat sangat !