13 August 2011


Aku sekarang tengah teruk dihambat politik kotor pejabat . Tanpa ada sebarang ruang pembelaan , aku dibelasah teruk dengan sifat sifat mazmumah kaum Melayu.

Dengki mendengki dan tikam menikam yang sinonim dalam masyarakat Melayu itulah yang sedang aku hadapi.

Tetapi sebagai seorang lelaki yang tenang dan kacak serta bijak tentunya , aku mengambil langkah sebaik baik untuk menangani masalah ini.

Bak kata pepatah , belajar dari pengalaman orang lain , aku optimis untuk menyelesaikan masalah ini dengan tenang dan tanpa emosi.

Menyerang balik manusia yang emosi dengan emosi bukan cara terbaik nak mengajar musuh. Sebaliknya guna pendekatan akal untuk memusnahkan musuh dengan perlahan tetapi mujarab.

Sun Tzu kata kalau musuh menyerang kita dengan sehabisnya, ada peluang untuk kita menyerang balik , seranglah dengan sehabisnya agar musuh terduduk.

SPRM . Senjata yang sedang aku berkira kira untuk guna dimasa akan datang . Senjata yang bukan sahaja mengajar tetapi turut juga memusnah !