15 August 2011


Sukan sana sini

1.Lee Chong Wei kalah tipis pada Lin Dan pada Kejohanan Badminton Dunia dalam pertarungan tiga set . Ramai pengikut konon setia sukan Badminton cakap, walau Chong Wei kalah tapi kalah bermaruah ! Komen aku , kalah bermaruah atok korang. Bermaruah apa kalau ada satu ketika hanya memerlukan satu mata (matchpoint) untuk menang tetapi Chong Wei buat amal jariah sedekah dua point pada Lindan dan seterusnya jadi naib juara ? Sukan adalah menang , dan menang adalah maruah.Kalau kalah tapi sibuk dok canang maruah , samalah bangangnya orang cakap tu macam Ibrahim Ali Perkasa

2.”Badroll Bakhtiar ke Wigan!” . Ini punya harapan macam Malaysia berangan hendak menang Piala Asia. Tak mungkin tapi tak juga mustahil . Elok pemain Malaysia ni jadi ‘star’ Asia Tenggara dahulu,kayuh ke Asia dan baru ke Eropah. Berpijak di bumi yang nyata kata orang orang tua dahulu kala .

3.Chelsea FC seri dengan Stoke City FC. Bab ni memang gua panas. 65.9% penguasaan bola ,455 hantaran tepat,6 sepakan sudut,7 percubaan tepat dan 8 percubaan tak tepat berbanding lawan yang hanya 34.1% penguasaan , 229 hantaran tepat,4 sepakan sudut , 1 percubaan tepat dan 3 tidak tepat pun Chelsea tak boleh makan.

Sebenarnya , Chelsea boleh menang semua piala yang dipertandingkan diatas muka bumi ini asalkan pemain mereka berjersi 9 (Fenando Tollol) di bunuh dan kemudian dikerat 15 letak kat pusat latihan mereka di Cobham. Main bangang macam Ismail Faruqi, kemudian buat buat jatuh minta penalti. Memang serius rasa nak bagi dia makan kaki !

AVB pun satu hal , cara nak ambik hati RA sebenarnya tak perlu letak mamat ni 1st team. Cukup sekadar masukkan dia minit ke90 . Asalkan main dok.

Lagi satu , macam mana mamat nando ni yang main macam kuih pelita pun boleh dapat Man of the match pun tak tahula .